Tidak semua wanita rajin untuk bersiap, namun menurut pelakon jelita Rozita Che Wan, kekemasan diri amatlah penting.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Teruja ‘First Time’ Tengok Rozita Che Wan Tanpa Solekan & Filter – ‘Kalah Anak Dara!’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nauzubillah, Ramai Selebriti Sanggup Jadi Model Tudung Bukan Sebab Allah Tapi Bayaran’ – Rozita Che Wan
Teguran Che Ta
@hijabistamy Amboiiiii marah betul Che Ta! Takut minnn ?? #rozitachewan #cheta #iamhijabi #hijabistamag #hijabista
Menerusi temu bual bersama Hijabista, Rozita atau mesra disapa Che Ta berkata dia tidak suka melihat wanita yang tidak menjaga penampilan diri.
Benci! Saya pantang tengok perempuan keluar rumah rambut basah. Saya rasa macam nak tegur.
Janganlah, sekurang-kurangnya keringkan dan sikatlah rambut. Ini datang dengan muka ‘basi’.
Che Ta berkata, gaya dan personaliti seseorang boleh memberi pengaruh yang baik kepada orang lain.
Saya kadang-kadang akan puji kecantikan seseorang walaupun dia adalah orang biasa supaya dia bersemangat. Mereka nampak manis dan sopan.
Mereka pula akan berkata, ‘Terima kasih, Che Ta juga adalah inspirasi.’
Jadi apabila kita kelihatan kemas dan rapi, sekurang-kurangnya kita akan jadi inspirasi kepada orang lain.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang anak ini berpendapat, kebanyakan wanita akan memupuk sendiri keyakinan diri dalam diri masing-masing dengan minat untuk kelihatan anggun.
Perkara itu sudah ada di dalam diri. Sama macam Aaisyah, saya rasa ia adalah minat nak nampak cantik terutama ketika menghadiri majlis tertentu.
Sumber: Hijabista