Sudah menjadi kelaziman para Muslimah di Malaysia, mereka akan mendirikan solat dengan memakai telekung.
Namun baru-baru ini, timbul isu sehingga ada yang mendakwa ia boleh menjejaskan kesahan rukun Islam ke dua itu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustazah Norhafizah Perjelas Saranan Islam Untuk Kahwin Sekufu & Nafkah Sebagai ‘Pengikat’ Isteri – ‘Boleh Berlaku Konflik Kerana..’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nak Saya Berzina Atau Kahwin Lain?’ – Ustazah Norhafizah Kesal Kaum Suami Ugut Isteri Untuk Poligami
Memastikan aurat terjaga
Pendakwah bebas, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa menjelaskan tentang kepentingan menjaga aurat bagi kaum Hawa semasa solat supaya solat yang didirikan sah.
Aurat wanita adalah seluruh badan kecuali muka dan tangan. Jadi selagi kita yakin ketika solat dari awal sehingga selesai, tidak terbuka aurat maka sah solat.
Ada pula yang kata tengok dari bawah dan sebab memakai dua helai (telekung dan kain), bagi saya itu adalah langkah berhati-hati sebab memang betul.
Contohnya kita memakai baju lengan pendek dan solat pakai telekung, sebenarnya pergerakan solat memungkinkan aurat kita akan terlihat.
Jika itu berlaku, maka solat tidak sah.
Walau bagaimanapun, menurut Ustazah Norhafizah jika seseorang Muslimah itu yakin auratnya masih terjaga sepanjang memakai telekung, maka solatnya sah.
Tetapi walaupun pakai baju berlengan pendek, pergerakan pula hanya di dalam telekung, telekung labuh dan tebal serta jika kita yakin..maka tidak perlu diperbesarkan seolah-olah yang pakai telekung ini solatnya tidak sah.
Selama mana tak nampak aurat maknanya sah solat, tapi kalau ternampak tidak sah.
Sebab itu langkah terbaik, ketika solat pakai pakaian berlengan panjang.
Pemilihan telekung
Dalam pada itu, pendakwah berusia 48 tahun tersebut turut menegaskan tentang pemilihan telekung yang baik agar aurat tidak mudah terdedah semasa mengerjakan solat.
Pemilihan telekung juga penting. Kalau telekung pendek dan kita pun pakai baju berlengan pendek memang akan nampak.
Kalau labuh sehingga ke lulut, insya-Allah tak akan nampak aurat.