Anak lelaki kepada pasangan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida iaitu Yusof Al Qardawi mencuri perhatian apabila menunjukkan bakatnya sebagai seorang penghibur.
Artikel Berkaitan: Datin Shahida Titip Ucapan Hari Jadi, Kongsi Cabaran Jaga Yusoff – ‘Dia Tak Takut Langsung, Bumbung Rumah Pun Dia Panjat’
Menari lagu ‘Bye Bye Bye’
@shahidadherbs2 Tak yah test DNA,comfirm anak @papalarisofficial ? #child #byebye ? bunyi asal – Nur Shahida Mohd Rashid
Menerusi perkongsian di TikTok, Shahida memuat naik video Yusof yang tanpa segan silu menari dengan berlatarbelakangkan lagu popular kumpulan NSYNC yang bertajuk ‘Bye Bye Bye’ sewaktu sedang menunggu penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Shahida yang hanya melihat daripada belakang memaklumkan bahawa telatah yang ditunjukkan Yusof itu persis seperti suaminya, Aliff yang begitu meminati bidang hiburan.
Tak perlu test DNA, ‘confirm’ anak Aliff Syukri.
Hantaran tersebut kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya terhibur melihat telatah dan kecomelan Yusof sewaktu menari.
Sekadar info, Shahida dan Aliff mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.
Komen netizen
Sumber: TikTok