Kejayaan filem Anak Perjanjian Syaitan 2 meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM3.5 juta telah membuka langkah memasuki ke pasaran antarabangsa iaitu Pakistan pada 1 November lalu.
Selama tujuh minggu berturut-turut filem ini berjaya kekal dalam senarai Top 10 di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.
Artikel Berkaitan: Penuh Misteri & Kejutan, ‘Rumah Belanda’ Di Tonton Cinema Bikin Penonton Tak Senang Duduk!
Artikel Berkaitan: Filem ARWAH TUMBAL NYAI: PART NYAI Sure Buat Korang Meremang! Nak-Nak Scene Ritual Kuno Tu.
Peringkat antarabangsa
Filem Anak Perjanjian Syaitan 2 ini dibawakan oleh barisan pelakon ternama antaranya Eyka Farhana sebagai Azlinda, Alif Satar, Fasha Sandha, Azlan Komeng, Dian P.Ramlee, Azizah Mahzan dan Shaharuddin Thamby.
Menurut Grand Brilliance Studio, filem ini akan ditayangkan di seluruh Pakistan dengan tayangan sebanyak 38 pawagam terpilih.
Filem sekuel seram Anak Perjanjian Syaitan 2 ataupun Gunah ini kembali untuk menuntut janji di pawagam berperingkat antarabangsa.
Filem arahan Dr. Ahmad Ilham ini dikatakan kejayaan bersama antara Grand Brilliance Studios dan Primeworks Studios yang telah bertungkus lumus sehingga menarik minat pasaran luar negara.
Ini merupakan peluang dan pencapaian besar bagi kami. Industri perfileman tempatan kini telah mula mendapat tempat di peringkat antarabangsa dan kami ingin berkongsi kegembiraan ini bersama rakan-rakan pembikin filem Malaysia yang lain.
Menurut Kevin Foo selaku Ketua Pegawai Operasi 8TV, Pengedaran Filem & Kandungan, Rangkaian Televisyen Media Prima, dia amat berbangga dengan kejayaan dicapai sekaligus mencerminkan usaha semua yang terlibat.
Berikutan dengan itu, Kevin mengharapkan filem ini dapat memberikan pengalaman baru kepada penonton di Pakistan serta meneruskan minat terhadap karya tempatan di arena antarabangsa.
Kuasa ghaib
Selepas kejayaan Anak Perjanjian Syaitan 1, Dr. Ahmad Idham selaku Pengarah & Penerbit Filem Anak Perjanjian Syaitan 2 meluahkan rasa yakin untuk menerbitkan naskah terkini bagi kesinambungan dan sekuel terbaru.
Kisah seram ini difahamkan tentang perjalanan Azlinda yang berhadapan dengan kuasa ghaib sejak kecil.
Azlinda ini seorang yang berpenyakit “anxiety disorder” dan dia yakin gangguan yang dihadapinya ini berkait rapat dengan sejarah hitam bapanya.
Selain itu, filem ini diserikan dengan runut bunyi “Murka atau Cinta” nyanyian Puteri Khareeza.
Jom sama-sama kita memberi sokongan pada filem tempatan iaitu Anak Perjanjian Syaitan 2 atau Gunah versi Urdu di pawagam seluruh Pakistan mulai 1 November ini.
Layari laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta saluran Youtube untuk info terkini.