Sekadar gambar hiasan
Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa kecewa dengan sikap bapanya yang berlaku curang terhadap ibunya.
Artikel Berkaitan: Kantoi Curang & Buat ‘Projek’ Dalam Rumah, Suami Pempengaruh Mengaku Salah – ‘Aku Menyesal, Pasti Ini Terakhir Aku Khianati Kamu’
Artikel Berkaitan: Suami Tergamam Keputusan DNA Dedah 2 Anak Bukan Darah Daging, Isteri Mengaku ‘Tak Sengaja’ Jalin Hubungan Badan Dengan 2 Lelaki
Bapa curang, guna duit gaji isteri
Sekadar gambar hiasan
Menerusi luahan yang dikongsikan semula di platform X, wanita yang berusia 29 tahun ini mendedahkan bahawa bapanya menyesal dan berjanji untuk berubah setelah kantoi menjalinkan hubungan sulit dengan seorang wanita yang dikenalinya ketika zaman persekolahan.
Tapi masalahnya ibu saya tak boleh terima sebab abah guna duit gaji ibu dan guna elaun belajar saya bagi dekat perempuan tak guna tu.
Tambah wanita ini lagi, dia juga telah menghubungi ‘kekasih’ ayahnya dan wanita tersebut berjanji untuk memulangkan semula duit yang telah diberikan kepadanya itu. Namun, sehingga kini dia tidak menerima sebarang wang seperti yang dijanjikan.
Perempuan tu screenshot mesej saya dan hantar dekat abah. Bukan tu je, dia hantar sihir dekat ibu untuk berpisah dengan abah.
Sekarang pun dia masih hubungi abah, cakap yang saya mesej dia minta pulangkan duit. Tapi abah tak angkat pun call dia.
Bapa tempat bergantung harap
Sekadar gambar hiasan
Mengenang apa yang berlaku, wanita ini akui kasihan melihat ibunya yang dikhianati oleh insan yang dicintai namun terpaksa terima kerana bapanya itu merupakan tempat si ibu bergantung harap.
Ibu nak cerai tapi pergi kerja hari-hari pun naik abah, kalau cerai macam mana nak pergi kerja jauh. Adik-adik saya pun kecil lagi.
Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati ibu bapa wanita ini agar berbincang terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan selain cuba ikhtiar mendapatkan rawatan islam.
Sumber: Meinmokhtar