Suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang menyuarakan pendapat terhadap segelintir masyarakat melayu yang dilabel ‘sensitif’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Opai Mengaku Ibu & Isteri Bising Tak Kongsi Berita Mengenai Anak – ‘Usianya Sudah Masuk Tujuh Bulan Dah’
Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Jawab Dakwaan Sudah Bersalin Anak Opai – ‘Saya Belum Bersedia Untuk Berkongsi’
Sikit-sikit merajuk
@mirzanjohor Boss Marah, Terus Dia Update Dekat Facebook.. #podcasticonluxe #iconluxe #mirzanjohor #podcast #fyp #iconluxepodcast ? original sound – MirzanJohor l IconLuxe.my
Menerusi sesi temu bual yang dimuat naik di TikTok, Aliff atau lebih mesra disapa sebagai Opai, berkongsi pengalaman bekerjanya dari zaman 2013.
Tambah Opai, orang melayu perlu memahami budaya sesebuah tempat pekerjaan sebelum bertindak mengikut emosi.
Orang Melayu adalah bangsa yang sangat sensitif sampai dorang tak boleh nak berkembang.
Contoh Boss di Singapore, ada yang datang dari luar negara seperti France. Mencarut atau dimaki itu adalah perkara normal.
Kadang-kadang orang Melayu ni dia kerja dekat luar negara, dorang tak faham yang itu memang budaya di sana. Sanggup berhenti walaupun dibayar dengan gaji besar.
Berikutan dengan itu, Opai, 30 berpendapat orang Melayu cepat ‘merajuk’ bila ditegur majikan.
Bila marah sikit, dia update dekat media sosial. Pastu esok terus tak nak datang kerja.
Suami kepada pelantun lagu ‘Tentang Bulan’ itu turut menyatakan punca orang Melayu sering kecewa dalam bekerja adalah kerana emosi.
Netizen setuju
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap matang Opai dalam menyuarakan pendapat. Selain itu, warganet juga turut bersetuju dengan kenyataan Opai.
Sumber: TikTok MirzanJohor