Pelakon dan pempengaruh Norreen Iman memberitahu kes buli membabitkan anak sulungnya, Ellen di sekolah sudah selesai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kena Sepak, Tolak, Kaki Luka Sampai Menangis’ – Norreen Iman Dakwa Anak Jadi Mangsa Buli Berulang Kali Di Sekolah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Masih Sama Cuma Kurangkan Carutan, Kalau Boleh Tak Mahu Dah’ – Norreen Iman
Kes buli selesai
Berharap insiden sedemikan tidak berulang lagi, Norreen memberitahu dia telah berjumpa dengan guru besar, cikgu dan ibu bapa kepada kanak-kanak yang membulinya anaknya.
Semuanya dah selesai, saya dah jumpa cikgu, guru besar, ibu bapa kepada anak-anak itu. Anak kami pun dah curhat (meluah) beritahu apa yang terjadi.
Semoga perkara ini (buli) tidak terjadi lagi. Biasa la, proses perkembangan untuk kanak-kanak kan. Sekolah okay, memang anak dan anak buah pun sekolah situ.
Cuma harap benda ini tak jadi lagi. Mereka pun dah minta maaf dan berpelukan serta meluahkan.
Norreen memaklumkan mengenai perkara itu menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya.
Nasihat anak
Dalam pada itu, Norreen turut memberitahu dia juga ada menegur dan memberi nasihat kepada anak perempuannya.
Saya pun ada tegur Ellen, nasihat kita sebagai ibu bapa sama. Macam jangan sentuh, jangan ambil barang, terfikir nak pinjam kawan punya barang pun jangan. Benda-benda macam itu, apa yang terjadi, kita tegur anak kita juga.
Sebelum ini, Norreen berkata, dia sudah mula hilang sabar apabila anak perempuannya, Ellen berterusan menjadi mangsa buli di sekolah.
Norreen turut berkongsi video memperlihatkan anak perempuannya akhirnya tidak dapat menahan air mata ketika bercerita mengenai insiden yang berlaku.
Terdahulu, Norreen juga pernah mendedahkan anak perempuannya itu menjadi mangsa buli di sekolah sehingga menyebabkan puterinya itu mengalami kecederaan di bahagian kaki.
Pada Mei lalu, Norreen menerusi Instagram miliknya berkata dia sudah mengikut prosedur sekolah dengan membiarkan guru displin menyelesaikan masalah buli yang terjadi.
Sumber: Instagram