Pempengaruh sensasi, Cik Epal menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuat pemeriksaan ke atas perniagaan Pizza Wagyu milik bekas suaminya, Jofliam.
Artikel Berkaitan: Jofliam Didakwa Mesej Mentua Suruh Merangkak Cari Di Akhirat, Cik Epal ‘Warning’ – ‘Kau Siapa Nak Sumpah Ibu Ayah Aku?’
Artikel Berkaitan: Cik Epal Buat ‘Report’ Polis, Minta Dewi Pulangkan Beg Harga RM12k – ‘Aku Sedekah Duda Aku Ja’
LHDN sila siasat
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story (IG Story), Cik Epal mendakwa keuntungan yang diterima Jofliam untuk bisnes pizza wagyu sekitar RM600,000 sebulan.
Cik Epal juga meminta pihak LHDN untuk segera menyiasat bekas suaminya serta dua orang lagi yang didakwa turut terlibat.
Pizza dia (Jofliam) untung. Gaji pekerja dia bayar sehari dalam RM600 ke RM1,500 sehari.
Sehari buat 500 pizza. 500 kali RM150 untung jualan dapat RM75,000. Buat setiap sabtu dan ahad. Sebulan dapat dalam RM600,000 untung jualan.
Tambah Cik Epal, dia mendakwa mengenali saksi pekerja yang menerima gaji sekitar RM600 hingga RM1500 sehari.
Dah nasihat suruh bayar tax?
Selain itu, di posting berbeza, Cik Epal mendakwa dia sudah menasihati Jofliam untuk membayar cukai (tax) bisnes pizza, mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada staf serta berhenti daripada terlibat dengan pelaburan mata wang asing (forex).
Sebelum ini, Cik Epal mendedahkan dia membuka rahsia bekas suami gara-gara Jofliam telah berkelakuan kurang ajar dengan kedua orang tuanya.
Sumber: Instagram Cik Epal