Tular di media sosial, seorang lelaki di Indonesia yang disangka hilang ketika memburu bersama rakan ditemui sedang ‘syok’ berhibur di Bali bersama wanita lain.
Artikel Berkaitan: Isteri Kanser Tahap 4, Suami Buat ‘Projek’ Dengan Perempuan Lain Sampai Hamil – ‘Dah Berbulan Tak Balik Rumah, Susu Anak Tak Beli’
Artikel Berkaitan: Isteri Sarat Hamil, Suami Syok ‘Check In’ Dengan Perempuan 11 Tahun Lebih Tua – ‘Dia Kata Nak Jadikan Isteri Kedua’
Hilang tanpa khabar
Memetik Lambeturah ID, kejadian bermula apabila si suami meminta izin kepada isterinya untuk berburu dengan rakannya di Matalibaq pada 18 Januari lalu.
Bagaimanapun, si isteri mula berasa curiga selepas tidak menerima sebarang panggilan dan lebih parah lagi apabila nombor telefon suaminya tidak dapat dihubungi serta tidak aktif.
Difahamkan, lelaki itu sepatutnya berjumpa dengan keluarganya pada 23 Januari lepas tetapi kelibatnya masih tidak ditemukan.
Keluarga mentua mula menghubungi wanita itu dan bertanyakan keberadaan anak lelakinya kepadanya.
Pun begitu, wanita tersebut tidak mempunyai jawapan susulan tidak mengetahui di mana si suaminya berada dan ia membuatkan dirinya semakin khuatir dengan keadaan itu.
Wanita tersebut mula melakukan pencarian dengan membuat hantaran di media sosial dengan harapan teka-teki itu dapat menemui jawapan.
Khabar yang mengejutkan
Tiga hari kemudian wanita itu menemukan jawapan namun khabar yang diterima sangat mengejutkan di mana suaminya tidak keluar memburu tetapi sebenarnya sedang menikmati masa terluang bersama wanita lain.
Kekesalan si isteri diluahkan di media sosial dan dia merasa tertipu lebih-lebih lagi apabila dia berhempas pulas mencari suaminya yang dikatakan hilang selama beberapa hari.
Kes tersebut mendapat perhatian umum termasuk pihak polis dan si isteri membuat keputusan untuk menyerahkan kepada pihak berkuasa.
Sumber: Lambeturah ID