Pelakon Nur Risteena memilih untuk fokus pada perniagaan yang diusahakan bersama suami, Isa Khan.
Artikel Berkaitan: Risteena Dedah Terima DM Lucah, Ditawar RM10k Untuk ‘Video Call’ – ‘Teman Ehem-Ehem, Tapi Tengok Sahaja’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Risteena Puji Kuetiau Ruhainies – ‘Terima Kasih Masakkan Since Tak Jadi Haritu’
Hormat suami
@nona.my Seronok dapat berbual seketika dengan kakak kepada Ruhainies, pelakon jelita Nur Risteena yang kini cukup aktif meniaga. Katanya, mana² wanita kena ada ‘back-up plan’ tak kira apa jua karier yang dimiliki sekarang. Sempat juga kami bertanyakan isteri kepada Isa Khan ini tentang perancangannya untuk mendapatkan cahaya mata pertama. Semoga dipermudahkan urusan @nur_risteena. ?? #majalahnona ? original sound – NONA
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Risteena atau nama lengkapnya Nur Risteena Munim Ilyas akui masih aktif dalam lakonan namun harus memilih naskhah yang sesuai.
Menurutnya, dia juga menghormati keputusan suami yang enggan dirinya memberi komitmen terlalu lama pada lakonan.
Saya masih berlakon cuma lepas kahwin ini saya kurangkan sikit sebab menghormati suami.
Kadang-kadang bila shooting itu perlukan komitment yang lama, suami tak bagi.
Sebelum kahwin, saya ambil saja semua job.
Dalam pada itu, kakak kepada pelakon sensasi, Ruhainies itu juga memaklumkan bahawa kini dia lebih fokus pada bisnes yang dijalankan.
Zuriat
Memasuki tahun keempat perkahwinan, pelakon berusia 35 tahun itu akui dia dan Isa bersedia untuk menimang cahaya mata.
Semestinya setiap pasangan yang berkahwin mesti nak anak.
Sama juga macam kami. Kami dah masuk tahun keempat, jadi memang bersedia untuk ada anak.
Tapi rezeki belum ada.
Pada akhir perkongsian, Risteena menganggap bahawa ini petanda daripada Tuhan untuk mengenali suami lebih dalam sebelum dikurniakan zuriat.
Sumber: TikTok @Nona