Kemenangan ‘Hening Rindu’ nyanyian Marsha Milan mencipta momen bersejarah pada malam Anugerah Juara Lagu 39 (AJL39).
Lagu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik oleh Ikhwan Fatanna ini berjaya mencuri emosi penonton.
Artikel Berkaitan: #AJL39: ‘Ini Baju Paling Mahal Pernah Saya Gayakan & I Love It’ – Aisyah Aziz Sarung Busana Bernilai RM35,000
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Kagum MK K-Clique Baca Al-Quran Sebelum Persembahan AJL39 – ‘Sempat Dia Mengaji Ketika Bersolek’
Kejayaan luar biasa
Dengan 60.1% syer penonton, AJL39 menjadikan antara edisi yang paling popular. Selain itu, kejayaan ini diikuti dengan 2.1 bilion capaian di media sosial serta 236 juta jumlah tontonan video.
AJL39 juga menapat 150 ribu sebutan di platform media sosial dengan 82% sentimen positif. Tidak ketinggalan, platform penstriman Tonton juga mencatat peningkatan 8% dalam jumlah penonton.
Selain itu, ‘Bukan Lagi Kita’ oleh Nadeera Zaini meraih Naib Juara, sementara ‘Saksama’ nyanyian Akim & The Majistret menduduki tempat ketiga.
Ernie Zakri memenangi Vokal Terbaik menerusi ‘Aura’, manakala Aina Abdul meraih Persembahan Terbaik dengan lagu ‘Puas Sudah’.
AJL39 sekali lagi membuktikan bahawa muzik berkualiti mampu menyentuh hati rakyat Malaysia dan meninggalkan impak yang mendalam dalam industri seni tanah air.
AJL juga menghimpunkan pelbagai genre muzik hasil daripada kreativiti karyawan dan memberi ruang kepada mereka menonjolkan bakat dalam penghasilan lagu.
Anugerah Juara Lagu
Dalam pada itu, platform AJL menghubungkan peminat dan artis sambil menjadi saksi evolusi industri muzik tanah air sepanjang 39 tahun penerbitannya.
Kali ini, AJL tampil degan tema ‘Nada Rasa’ yang memberi maksud mengenai kehebatan muzik dalam menyampaikan emosi kepada pendengar.
AJL39 dikuasai oleh Samsung selaku penaja bersama dan Unifi Mobile sebagai rakan penaja. Tidak dilupakan, acara ini turut disokong hebat oleh rakan radio iaitu HotFM manakala OhBulan!, Xtra dan Seismik selaku rakan digital rasmi.
Demi menjamin kelancaran serta mutu sepanjang acara, produksi AJL kali ini diterajui oleh Russell Mark Rodrigues sebagai Pengurus Projek dan Jamil Bin Hassan selaku Penerbit Eksekutif.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut ikuti @TV3Malaysia di Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram. Gunakan hashtag rasmi #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa untuk menyertai perbualan dan menghangatkan lagi AJL39 di media sosial.