Bagi semua peminat muzik bollywood, ini ada berita baik untuk anda semua, di mana aktor dan penyanyi terkenal, Datuk Shah Rukh Khan difahamkan akan turun ke Malaysia pada 11 Oktober ini untuk mengadakan konsert terbesarnya di Stadium Putra Bukit Jalil.
Berita gembira ini telah disahkan sendiri oleh pihak pengurusan konsert tersebut iaitu Hitman Solutions menerusi laman Facebook rasminya beberapa jam yang lalu.
Pengumuman konsert SRK menerusi Facebook Hitman Solutions
Nampaknya kedatangan Datuk Shah Rukh Khan ke Malaysia pada kali ini bukan keseorangan, ini kerana beliau difahamkan akan turut hadir bersama rakan-rakannya yang lain.
Untuk seberang maklumat lanjut mengenai konsert serta penjualan tiket, anda boleh layari laman Facebook rasmi Hitman Solutions di www.facebook.com/hitmansolutionsasia.
Bagaimanapun untuk semua peminat Datuk Shah Rukh Khan, jom layan sedikit sedutan konsert Temptation Reload yang pernah beliau adakan sekitar Disember tahun lalu. Semoga terhibur!