Terbaru, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Bagan Datuk telah mengumumkan untuk kembali menggalas jawatan sebagai Presiden UMNO. Bagaimanapun, keputusan tersebut mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah anak perempuannya.
Nurul Hidayah turut memberi reaksi peribadi terhadap keputusan ayahnya itu dan mengakui DS Zahid Hamidi perlu banyak belajar dari Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir untuk memimpin negara dan demi agama Islam.
Umum kembali bertugas
https://www.facebook.com/SinarHarian/videos/2292739857655493/
Hanya jauhari mengenal manikam
Nurul Hidayah menerusi IG Stories akaun rasminya menyuarakan pendapat agar ayahnya itu untuk lebih belajar dari pemimpin Tun Dr Mahathir. Tambahnya, dia turut mengakui Tun M mempunyai kepintaran tersendiri dalam mengendalikan dan menguruskan urusan negara. Malah, belajar daripada Tun M adalah lebih baik berbanding mendapatkan ilmu yang bertujuan memperoleh kekayaan.
Dia turut menyifatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempunyai sifat yang terlalu baik dan lembut dalam pentadbiran sehingga mudah ditindas segelintir pihak. Berlainan pula dengan sifat ketegasan pada Tun M.
Sumber: Nurul.Zahid