berita

‘Abam’ Polis Tersingkir Mentor Otai Kerana Salah Pilih Lagu?

April 2nd, 2018 | by Wan
Kini Trending

Nasib tidak menyebelahi Ayie, protege kepada mentor Siti Sarah yang diumumkan tersingkir daripada saingan Mentor Otai 2018 yang berlangsung semalam. Terdahulu, Ayie dan Elvira berada di kedudukan tercorot keseluruhan pada minggu ini namun protege kepada mentori Siti Sarah itu terpaksa ‘pulang awal’ selepas diumumkan tersingkir.

Ayie yang menyanyikan lagi Puncak Kasih dendangan asal Ziana Zain dilihat bergelut untuk memberikan persembahan terbaik malah dikritik teruk oleh juri tetap, Edry Abdul Halim. Dah tak boleh lah tengok ‘abam’ polis macho menyanyi lepas ini!

Persembahan merepek – Edry

Foto : Berita Harian

Sejurus membuat persembahan, Edry tanpa berselindung memberi komen pedas persembahan Ayie pada kali ini sungguh mengecewakan dan merepek. Siti Sarah bagaimanapun memberitahu Ayie mungkin agak gugup sehingga menjejaskan mutu persembahannya kali ini.

Saya rasa persembahan awak merepek. Saya dengar banyak kepincangan membuatkan percaturan awak malam ini tidak menjadi, dengan tiada kawalan vokal.

Dakwa Sarah, apa yang berlaku pada konsert malam ini tidak seperti yang dirancang ketika latihan. Dalam pada itu Sarah sempat merayu kepada juri untuk memberikan peluang kepada Ayie andai protegenya itu diberi peluang dan mara ke konsert seterusnya. Untuk pengetahuan, juri tetap mempengaruhi 50% daripada markah keseluruhan, 20% undian juri awam, dan 30% undian atas talian di melalui laman web xtra.

Salah pilih lagu?

Selepas diumumkan nama peserta yag tersingkir, peminat Ayie bagaimanapun meluahkan rasa tidak puas hati di media sosial. Dakwa mereka Ayie seorang yang berbakat namun mungkin faktor pemilihan lagu yang tidak sesuai menjejaskan persembahannya pada malam itu.

Tak kurang juga ada yang meminta peluang kedua diberikan kepada peserta kesayangan mereka itu. Protege kepada Zarul Husin, Azee diumum juara mingguan pada konsert Mentor Otai kali ini. Tahniah dari kami! Baki 7 protege akan meneruskan saingan pada minggu hadapan. Korang minat siapa?

Buat anda yang tidak berkesempatan untuk menonton siaran langsung Mentor Otai, saksikan siaran ulangannya pada setiap hari Jumaat, pukul 9.30 pagi bermula pada 23 Mac atau di portal video tonton (www.tonton.com.my). Saksikan juga paparan menarik dibelakang tabir persediaan-persediaan para protege bersama mentor mereka dalam Jurnal Mentor setiap hari Ahad, 6.00 petang bermula 18 Mac 2018.

Jangan lupa saksikan Mentor Otai Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, layari laman sosial Facebook, Instagram, dan Twitter @TV3Malaysia. Gunakan juga tandapagar #MentorOtai untuk hangatkan lagi perbualan di media sosial.

 

SKIP THIS AD ×