berita

‘Abang, Tunggu Ibu & Abi Kat Sana’ – Luahan Sayu Ibu Mangsa Kanser Ini Undang Sebak

November 5th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Ibu mana yang tidak sedih mendapat khabar berita mengenai pemergian anak yang disayangi. Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang bernama Muhammad Al Huzaifah ini disahkan meninggal dunia akibat menderita kanser otak tahap 4. Ibu kepada kanak-kanak lelaki ini, Mrss Mamaa menerusi laman Facebook meluahkan rasa sayu akan pemergian anak tersayang itu.

Anak saya baru meninggalkan kita semua

Adik Muhammad Al Huzaifah menghembuskan nafas terakhirnya pada 3 November lalu. Berita ini telah dimaklumkan sendiri menerusi laman Facebook ibu kepada kanak-kanak itu.

Berakhirlah penderitaan abang

Berehatlah Wildan syurga

Sementara itu, ibu kepada kanak-kanak itu sempat meluahkan perasaan dengan sayu berkongsi kenangan bersama arwah anak sulungnya itu.

18/4/16-3/11/19. Hari ini ibu belajar erti kehilangan sesuatu yang paling berharga. Ibu pulangkan abang kepada Pencipta. Sayang, ibu dah mula rindu abang, kat mana ibu pandang ibu nampak abang, nampak semua kenangan kita sayang, ibu tak kuat ibu menangis dalam diam, ibu tak nak orang tengok ibu nangis.

Abang anak yang baik. Selama abang sakit abang tak pernah susahkan ibu, tak pernah merengek-rengek tak pernah mengadu sakit, sampai ibu tak tahu abang sakit ke tak, abang makan ubat, dengar cakap doktor, semua doktor puji abang tak menangis, tak merengek-rengek abang redha je apa doktor buat kat abang.

Oksigen abang tak stabil

Turut dikongsi detik semasa terlihat bantuan pernafasan oksigen adik Al Huzaifah mula tidak stabil. Ketika itu, doktor yang bertanggungjawab menjaga arwah telah memaklumkan ibu bapa untuk ‘bersedia’ menerima khabar itu.

Bila abang dah merosot. Abang dah start cakap sakit kat otak abang yang bengkak, doktor cakap tu progress kanser tu, lepas tu abang dah tak sedar, abang hanya tidur.

Sehari sebelum abang pergi 2/11/19 (10pm). Abang dah nampak lain, ibu sedut isi perut dah keluar darah, oksigen abang tak stabil, ibu tak sedap hati, ibu tahu masa yang ada tak banyak dengan abang, doktor dah suruh semua bersedia, doktor cakap abang boleh tahan sampai pagi esok.

Akhirnya abang pergi

Sepastinya sebagai ibu dan ayah kepada arwah adik Al- Huzaifah akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak lelaki mereka itu yang selama ini kuat mengharungi ujian dan kesakita.

3/11/19 (10.14am). Abang tinggalkan semua, semua tak perasan yang abang dah pergi, mudah sangat perjalanan abang, semua ingat abang tidur, rupanya abang dah pergi, ibu cuba kuat, ibu tak nak abang menanggung kesakitan. Abang rehatlah sayang.

Anak syurga ibu. Dulu ibu, abi selalu cakap yang bila abang dah besar nak hantar sekolah tahfiz, boleh tarik ibu dengan abi ke syurga, rupanya percaturan Allah lagi hebat, abang terus ke taman syurga di asuh NABI IBRAHIM A.S, bertuah anak ibu, abang doakan ibu abi dan semua ke syurga macam abang ya.

Sumber: Mrss Mamaa

SKIP THIS AD ×