Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa rindu terhadap anak perempuannya, Marissa Dania Hakim.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi Coretkan Pengorbanan Sebagai Ibu Bapa – ‘Kami Kerja Keras Nak Bagi Anak-Anak Selesa & Hidup Macam Orang Kaya …’
Artikel Berkaitan: Norman Hakim Mohon Maaf Pada Abby Abadi – ‘Saya Ambil Tanggungjawab Ini Andai Semua Khilaf Saya’
‘Mama rindu adik’
View this post on Instagram
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan memuat naik video di Instagram yang memaparkan Marissa sedang mempromosikan produk kecantikan.
Namun yang menyorot perhatian warganet adalah kapsyen Abby pada hantaran tersebut yang menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Marissa.
Adik sayang, buat apa tu? Adik okay tak tu?
Kenapa mama mesej tak balas? Mama nak ajak makan, nak masak spaghetti untuk adik ni. Bila nak balik?
Terdahulu, dalam satu temu bual, Abby mengesahkan bahawa Marissa dan Aslam telah bernikah di Thailand seperti mana dakwaan yang tular.
Sebelum ini, Marissa dan Aslam juga didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama Aslam iaitu Misya.
Keluarga Abby dan Norman kemudian menerima pelbagai kecaman daripada wargamaya selepas timbulnya kontroversi melibatkan anak mereka yang didakwa menjadi punca kepada keretakan sebuah perkahwinan.
Sumber: Instagram Abby Abadi