berita

Abdullah Abu Samah Dilantik Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Media Prima

March 12th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

 

Foto: Sutra Foundation

Media Prima Berhad, kumpulan media bersepadu yang terbesar dalam negara mengumumkan pelantikan Encik Abdullah Abu Samah, 55 tahun, sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, Media Prima Berhad berkuatkuasa 11 Mac 2021.

Artikel berkaitan: Media Prima Catat Keuntungan Untuk Dua Suku Tahunan Berturut-Turut

Artikel berkaitan: Rafiq Razali Dilantik Pengarah Eksekutif Kumpulan Media Prima

Seseorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam pelbagai bidang

Encik Abdullah adalah seorang Ahli Lembaga Pengarah di Kulim (Malaysia) Berhad (“Kulim”) dan beliau juga merupakan Pengerusi Extreme Edge Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Kulim.

Karier beliau di KPMG Malaysia bermula pada tahun 1998 sehingga tahun 2020. Pada tahun 1993, Encik Abdullah telah dipinjamkan ke KPMG London selama dua tahun untuk menumpukan perhatian kepada sektor perkhidmatan kewangan. Beliau berkhidmat sebagai rakan kongsi di Bahagian Audit dari tahun 1997 sehingga persaraannya pada tahun 2020.Beliau turut berkhidmat sebagai Exco dalam KPMG Malaysia dari tahun 2014 hingga 2018.

Encik Abdullah berpengalaman lebih daripada 32 tahun dalam bidang pengurusan perkhidmatan pelanggan yang merangkumi pelbagai industri dan syarikat multinasional. Ini termasuklah syarikat-syarikat di dalam sektor petroleum, perbankan dan kewangan, pembinaan dan pembangunan hartanah, perhotelan dan hospitaliti, ladang minyak kelapa sawit, pembuatan dan perdagangan.

Selain bidang audit luar, Encik Abdullah juga mempunyai pengalaman luas dalam kajian semula maklumat kewangan prospektif (prospective financial information) bagi tujuan tawaran awam awal (IPO), isu-isu berkaitan terbitan hak dan terbitan bon. Beliau juga telah mengetuai pelbagai tugasan audit melibatkan semakan ketekunan wajar kewangan (financial due diligence reviews) bagi pihak pembeli dalam proses pemerolehan. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Washington, Seattle, Amerika Syarikat dan juga Sarjana Muda Sains dalam Pentadbiran Perniagaan daripada University of the Pacific, California, Amerika Syarikat.

Encik Abdullah adalah ahli Institut Akauntan Malaysia (“MIA”) dan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (“MICPA”).
Datuk Syed Hussian Aljunid, Pengerusi Kumpulan, Media Prima berkata: “Bagi pihak Lembaga Pengarah Media Prima, kami mengalu-alukan kehadiran Encik Abdullah ke Media Prima. Beliau membawa bersamanya pengalaman yang luas dan kemahiran di dalam pelbagai bidang. Kami percaya bahawa beliau akan memberikan sumbangan yang besar kepada Kumpulan menuju masa hadapan.

SKIP THIS AD ×