Nampaknya, selebriti-selebriti kita diluar sana sudah lantang menyuarakan sesuatu perkara jika mereka tidak berpuas hati. Yang untung, anda fikirlah sendiri.
Terbaru, wujud isu terbaru mengenai Abby Abadi yang dikatakan mempersoalkan tanggungjawab polis. Baru-baru ini juga dalam sebuah video, Abby Abadi dilihat menyertai perhimpunan menuntut pembebasan tahanan ISA.
Sebelum ini, beberapa keping foto Abby Abadi pergi menemui Tok Guru Nik Aziz telah tersebar dan ianya tidak mustahil bahawa Abby Abadi telah menyertai Tok Guru Nik Aziz. Dalam video berdurasi lebih 6 minit ini, Abby Abadi kelihatan memberikan ucapan secara terbuka di hadapan ahli perhimpunan dan ini menyebabkan AC Mizal yang juga rakan seperjuangannya dalam bidang lakonan, sedikit kecewa.
AC Mizal di laman Twitternya berkata, “Saya mewakili anak anak POLIS MALAYSIA mencabar @abby_abadi112 berdebat secara terbuka atas kutukan beliau terhadap PDRM!”
Harapnya, bidang hiburan tidak akan menjadi medium sebagai artis untuk berpolitik pula. Harapnya lah.