berita

‘Ada Batasnya, Tak Payah Selak La’ – Azura Zainal Dikecam Gara-Gara Muat Naik Foto Breastfeeding

December 24th, 2017 | by Wan
Kini Trending

Mungkin ramai tidak mengenali siapakah Azura Zainal ini. Wajah manis berambut kerinting ini pernah mengacarakan antara program popular di Malaysia seperti X-polarasiAktifpedia dan Langit & Bumi. Bukan sahaja pengacara TV, Azura juga merupakan penyampai di stesen radio Red FM.

Baru sahaja menimang cahaya mata, pengacara dan penyampai radio itu dilihat gemar sahaja berkongsi gambar-gambar putera sulungnya, Zeydan Genuino di Instagram. Memang handsome budaknya, mana tidaknya, anak kacukan kan. Walau bagaimanapun, baru-baru ini, Azura menjadi sasaran kecaman netizen apabila dia memuat naik sekeping gambar yang menunjukkannya sedang menyusukan Zeydan. 

Foto breastfeeding undang kontroversi

Entrinya itu mengundang reaksi dan komen negatif daripada segelintir netizen yang menyelar tindakannya sebagai ‘tidak tahu malu’. Ada yang mempersoalkan motif pengacara itu memuat naik foto sedemikian. Malah, foto tersebut turut mengundang komen berbaur lucah.

Netizen kecam

Walau bagaimanapun, hampir 90% komen adalah berbunyi positif. Rata-rata memuji semangat Azura dalam memilih untuk menyusu badan anaknya walaupun terikat dengan jadual kerja yang ketat.

Sumber: Instagram Azura Zainal

SKIP THIS AD ×