berita

Ada RM10 Dalam Poket Pun Boleh Makan Sedap? Lebih Jimat Bila Lepak Mekdi!

September 23rd, 2022 | by Syamirul
Kini Trending


Min rasa semua tau ni soalan paling susah di dunia “nak makan mana?” fikir sampai sejam pon masih takleh decide lagi nak makan mana kan.

Haa…lepas ni korang dah tak payah risau nak decide makan mana. Nak tahu sebab apa?

McDonald’s kini ada buat satu promosi khas untuk kita tau. Kombo Jimat!

Jom min kongsikan menu promosi khas ni untuk korang je.

Bawah RM10 pun dah boleh dapat McChicken, Chicken McNuggets, Double Cheeseburger, Spicy Double Beef with Cheese & Filet O Fish!

Dengar cerita McD ada buat Kombo Jimat bawah RM10 jer. Biar betul! Jom kita tengok menu apa yang bawah RM10 tu.

Yaaa…min tak tipu dengan hanya RM10 je, korang dah boleh makan lunch kat McD. Murah dan puas! Lepas ni dah tak de nak complain tak tahu nak lunch mana lagi.

Dengan adanya Kombo Jimat ni, korang dah boleh menikmati McChicken, Chicken McNuggets, Spicy Double Beef With Cheese, Double Cheeseburger dan Filet-O-Fish.

Cakap macam ni pun dah buat min betul-betul terliur, rasa nak pergi McD sekarang juga!

Makan sampai kenyang dengan Kombo Jimat!

Apa yang min suka sangat dengan promosi kali ni ialah korang kini mempunyai banyak masa untuk menikmatinya kerana, Kombo Jimat ini tersedia antara pukul 10 pagi hingga 4 petang setiap hari. Wow!

Min memang akan makan sampai kenyang lah cerita dia lepas ni. Mesti korang excited nak tengok menu yang korang boleh dapat dengan hanya RM8.95 :

– 6pcs Chicken McNuggets dan Iced Lemon Tea (M)
– McChicken dan Iced Lemon Tea (M)

Nak lagi? Ni menu yang korang boleh nikmati dengan hanya RM9.95 :

Double Cheeseburger dan Iced Lemon Tea (M)

Spicy Double Beef with Cheese dan Iced Lemon Tea (M)

Apa masih tak cukup lagi? Ni menu paling favorite min kalau makan kat McD, harga pun RM9.95 je!

Filet-O-Fish dan Iced Lemon Tea (M)

Malas nak beratur panjang-panjang? Jangan risau sebab promosi Kombo Jimat ni boleh dinikmati secara dine-in, drive-thru atau guna je McDelivery.

Tetapi harus diingatkan, korang akan dikenakan bayaran caj penghantaran yang berbeza untuk setiap jenis makanan yang di tempah, mengikut aplikasi yang korang gunakan. Jangan terkejut pula apabila melihat caj penghantaran yang berbeza!

Fuhhh…lain macam betul promosi kali ni memang betul-betul mampu milik dan sangat menyenangkan kita kan? Jadi tunggu apa lagi cepat serbu McD berhampiran korang sekarang.

Kalau habis jangan cakap min tak bagi tahu ya!

Untuk maklumat lanjut korang boleh ke laman Facebook mereka tau. Ini baru betul I’m Lovin’ It” !

SKIP THIS AD ×