berita

Adam Lee, Sweet Qismina Nak Urus Majlis Kahwin Sendiri Tanpa ‘Wedding Planner’

September 21st, 2022 | by Ain Rabbiyatul
Kini Trending

Bakal melangsungkan perkahwinan sebulan lagi, pelakon, Adam Lee, 27, dan Sweet Qismina, 24, tidak bercadang untuk melantik mana-mana wedding planner bagi menguruskan persiapan perkahwinan mereka.

Artikel Berkaitan: Bersalaman Cium Tangan, Netizen Tegur Sweet Qismina & Adam Lee

Artikel Berkaitan: Diundang Buat Persembahan Secara ‘Live’, Netizen Nampak Sweet Qismina Macam Lip Sync?

Menggalas tugas sebagai wedding planner

Jelas Adam Lee, dia bersama tunangnya, Sweet Qismina akan menggalas tugas sebagai wedding planner bagi mempersiapkan segala persiapan majlis perkahwinan yang bakal tiba tidak lama lagi.

Akui agak penat merancang dan menguruskan sendiri persiapan kahwin, Adam Lee tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja menanti hari bahagia bersama tunangnya itu.

Sebenarnya kami urus dan buat segala persiapan bermula dari kosong sehinggalah ke hari ini. Kami tak gunakan khidmat ‘wedding planner’ pun.

Adam menghadiri satu sidang media bagi drama terbaharunya pada 29 September lalu, sekali gus terdapat satu soalan yang diajukan mengenai cabaran menguruskan majlis perkahwinan sendiri.

Kami masih lagi sibuk dengan kerja di lokasi penggambaran. Keluar pagi, balik pagi, dan semua itu agak mencabar sebenarnya. Tapi, Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik

Terdahulu, Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee atau lebih dikenali sebagai Adam Lee dan Farhanna Qismina Supandi atau lebih mesra sebagai Sweet Qismina telah bertunang pada  24 Oktober tahun lalu selepas menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×