berita

Video : Adegan Peluk Ifa Raziah Bukannnya Menggatal

January 6th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

final

Pada Ahad yang lalu telah berlangsung konsert final Gegar Vaganza yang menyaksikan  Ayai (Illusi) diumumkan sebagai juara. Namun apa yang lebih mendapat perhatian penonton ialah beberapa momen menarik sepanjang konsert akhir tersebut.

Artikel Berkaitan : 3 Perkara Yang Tak Kena Sepanjang #GegarVaganza

Ekoran daripada aksi berpeluk dengan Hisyam Hamid ketika ketika mendendangkan lagu Matahari, Ifa Raziah menerima kritikan hebat di laman sosial tempatan. Malah dia juga menerima kritikan dari juri, Datuk Rosyam Noor yang berpendapat persembahannya tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada masyarakat.

Tak Ada Niat Menggatal

gambar_ifa_2

Bercakap kepada mStar Online, Ifa meluahkan rasa terkilan terhadap teguran itu kerana aksi peluk tersebut hanya sekadar lakonan dan bukannya berniat untuk menggatal dengan Hisyam Hamid.

Saya terima dengan hati terbuka komen dibuat oleh Rosyam cuma berasa sedih kerana beliau sendiri seorang pelakon berpengalaman yang sepatutnya faham apa yang saya lakukan itu hanyalah lakonan dan sebahagian daripada persembahan.

Tidak terlintas dihati saya hendak menggatal dengan Hisyam mahupun menimbulkan situasi kurang senang dikalangan penonton atau juri kerana setiap minggu saya memang tampil dengan perceritaan menerusi lakonan dalam nyanyian saya.

Lakonan Dalam Persembahan

gambarifa1

Ifa turut menjelaskan sudah menjadi kebiasaan setiap minggu sepanjang berlangsungnya konsert Gegar Vaganza, dia akan menyelitkan lakonan dalam persembahan.

Sesiapa yang mengikut program tersebut pasti tahu yang saya setiap minggu akan menyelitkan lakonan dalam persembahan saya malah ada lebih dahsyat saya buat berbanding peringkat akhir ini

Mohon Maaf Atas Kesilapan Yang Berlaku

Dalam pada itu, Ifa mengakui selepas menonton kembali persembahan tersebut dia menyedari terdapat beberapa kesilapan gerakan tarian bersama Hisyam disebabkan kurang konsentrasi dan tekanan akibat masalah teknikal yang berlaku pada persembahan sebelumnya. Malah Ifa memohon maaf atas kesilapan yang berlaku

Sepatutnya selepas selesai menyanyi baharu saya angkat kaki dan menjatuhkan badan ke arah Histam tetapi saya tersilap dan pergerakan itu berlaku terlalu awal.

Akibat tekanan saya tidak ingat apa yang berlaku di atas pentas dan memahami mengapa penonton kurang senang dan atas dasar itu saya ingin memohon maaf atas kesilapan yang berlaku dan ia bukan disengajakan.

Harap Ifa boleh ambil ikhtibar daripada teguran Rosyam Nor. Kalau difikirkan balik memang ada logiknya teguran tersebut. Apa-apa pun persembahan Ifa memang terbaik!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×