Sebelum ini, pelakon, Datuk Adi Putra menyatakan bahawa dia nekad untuk tidak hadir mempromosikan Malam Gala Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang dijadualkan bakal berlangsung hari ini di Jakarta, Indonesia. Selain Adi Putra, Johan As’ari dan Beto Kusyairy turut tidak hadir ke tayangan perdana tersebut.
Artikel berkaitan: ‘Saya Tak Nak Bergaduh’ – Syamsul Yusof Tak Tahu Kenapa Adi Putra & Johan As’ari Tidak Ke Indonesia
Artikel berkaitan: Beto Kusyairy Tidak Hadir Ke Jakarta, Harap Kemelut Dapat Dijernihkan
Terbaru, Adi Putra berterima kasih kepada CBI Pictures Indonesia, Yayan Ruhian dan Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional) kerana menjemputnya dan Johan ke acara tersebut.
Hadir malam ini
Menerusi laporan Harian Metro, Adi Putra berkata dia akan hadir ke Malam Gala Filem Mat Kilau atas jemputan tiga pihak terbabit.
Alhamdulillah, rezeki Allah itu luas. Kami baru saja tiba di sini. Sudah tentu bukan daripada mereka (pihak penerbitan). Semoga dipermudahkan kepada seluruh warga Indonesia, memberikan sambutan baik dan menerima dengan terbuka filem ini. Allah Maha Kaya. Kebangkitan pahlawan, kebangkitan pejuang, kebangkitan kebenaran dan taat pada yang satu.
Tambah Adi, dia berharap filem Mat Kilau dapat diterima baik oleh para penonton di Indonesia. Mengulas mengenai isu bersama pihak penerbitan, Adi akui masih terkilan dengan sikap pihak tersebut yang disifatkan gagal berkomunikasi dengan baik.
Sumber: Harian Metro