Sebelum ini, pelakon, Adi Putra nekad untuk tidak hadir mempromosikan Malam Gala Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang dijadualkan bakal berlangsung esok di Jakarta, Indonesia. Berikutan daripada itu, Pengarah filem berkenaan, Syamsul Yusof enggan mengulas isu berbangkit membabitkan Datuk Adi Putra yang enggan ke Indonesia untuk promosi filem tersebut.
Artikel berkaitan: Didakwa Tak Jawab Panggilan Telefon, Penerbit Tak Pasti Adi Putra Telefon Siapa?
Artikel berkaitan: ‘Saya Masih Berpegang Prinsip Untuk Tidak Hadir Di Jakarta’ – Adi Putra
Artikel berkaitan: Nama Digugurkan Ke Malam Gala, Johan As’ari Rasa Tidak Profesional
Tak nak bergaduh
Menurut Syamsul, dia keberatan untuk masuk campur dalam perkara ini dan lebih fokus mengenai keterujaannya untuk ke negara terbabit.
Bukan saja Adi Putra, malah saya juga terkejut apabila Johan As’ari tidak ke Indonesia sedangkan hubungannya dengan kakitangan penerbit sangat akrab. Tak tahulah saya. Saya tak nak bergaduh. Kenyataan saya ialah saya pergi Indonesia kerana demi abang Yayan Ruhian.
Sebabnya saya amat menghargai kesungguhannya terhadap filem ini. Tengoklah berapa kali dia datang Kuala Lumpur demi Mat Kilau. Dia sendiri yang mesej saya beritahu Indonesia menanti saya. Tolong datang. Saya akan ke sana esok manakala pratonton pada lusa. Saya akan pulang ke Malaysia semula pada Sabtu.
Disoal tidakkah terasa janggal promosi filem tanpa pelakon utama, Syamsul membayangkan akan berlaku kejutan nanti.
Bukan mudah sebenarnya nak masuk ke sana. Saya nak guna kesempatan ini dengan berjumpa pengarah dan penerbit di sana. Mereka pun pelik macam mana Mat Kilau boleh meledak sebegini hebat di Malaysia.
Sumber; Harian Metro