berita

Beto Kusyairy Tidak Hadir Ke Jakarta, Harap Kemelut Dapat Dijernihkan

August 26th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Seperti diketahui ramai, Malam Gala Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang berlangsung hari ini di Jakarta, Indonesia tidak dihadiri oleh teraju utama iaitu Datuk Adi Putra dan Johan As’ari.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Masih Berpegang Prinsip Untuk Tidak Hadir Di Jakarta’ – Adi Putra

Artikel Berkaitan: Nama Digugurkan Ke Malam Gala, Johan As’ari Rasa Tidak Profesional

Artikel Berkaitan: Bintang Bola Sepak Jadi Teraju Utama, Anak Rimau The Movie Telan Belanja RM5.5 Juta

Jangan keruhkan lagi

Pelakon Beto Kusyairy yang memegang watak Wahid menyatakan dia juga tidak dapat hadir menjayakan promosi filem itu. Kata Beto, 42, dia ada menerima jemputan namun terpaksa ditolak kerana tuntutan kerja yang lain.

Apa yang saya tahu, mereka berlepas ke Jakarta, semalam (Khamis). Saya ada terima jemputan itu, tetapi tidak dapat sertai kerana ada komitmen lain di sini.

Ditanya mengenai kemelut yang berlaku antara Adi Putra dan penerbit, Studio Kembara Sdn. Bhd., pemilik nama NurKusyairy Zakuan Osman enggan masuk campur namun mendoakan agar tidak berpanjangan.

Pada saya, perkara yang sudah keruh, jangan kita keruhkan lagi. Kita sepatutnya cuba jernihkan. Pusing-pusing nanti di situ saja kerana dalam industri seni, kita akan bertemu orang yang sama.

Mudah-mudahan ada jalan penyelesaian terbaik dan segala kekusutan dapat dijernihkan.

Beto berkata demikian ketika ditemui pada malam tayangan perdana filem Anak Rimau The Movie yang diadakan Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, pada Rabu.

Anak Rimau The Movie akan ditayangkan serentak di 68 pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam pada 1 September ini.

Sambutan hangat

Dalan pada itu, pelakon drama Scammer 2 turut meletakkan harapan filem arahan Syamsul Yusof itu akan mendapat sambutan luar biasa daripada peminat filem di Indonesia, sama seperti yang diberikan penonton tempatan.

Saya berharap dengan kehadiran pelakon Indonesia, Yayan Ruhian dapat membantu untuk menguatkan lagi filem itu di sana.

Dengan adanya siri promosi di sana, peminat filem Indonesia akan menerima lebih banyak pendedahan tentang produksi kita. Mudah-mudahan, filem kita akan terbang lebih meluas pada masa akan datang.

Sumber: Instagram @beto_kusyairy

SKIP THIS AD ×