berita

FOTO: Adik Ini Menangis Kerana Harimau Malaya

December 23rd, 2014 | by Wan
Kini Trending

nangis

Pada malam sabtu yang lalu telah berlangsung perlawanan akhir piala AFF Suzuki Cup 2014 yang menyaksikan skuad harimau Malaya tewas kepada Thailand dengan agregat 4-3. Piala yang hampir pasti menjadi milik kita akhirnya jatuh ke tangan Thailand pada saat-saat akhir perlawanan.

Tidak dapat dinafikan semua penyokong Malaysia kecewa tapi itulah lumrah bola sepak. Namun apa yang lebih menyentuh hati kami ialah foto seorang kanak-kanak menangis ekoran kekalahan skuad kebangsaan.

Turut Menyanyi Bersama Ultras Malaya

CURILAGIMMGTAKLA

Foto yang dimuatnaik oleh Hannan Manan di laman Instagram miliknya itu diambil semasa perlawanan akhir Malaysia menentang Thailand di Bukit Jalil tempoh hari. Menurut Hannan, anak saudaranya yang bernama Danish begitu bersemangat untuk menyaksikan perlawanan itu.

Dia sangat teruja dan begitu bersemangat untuk menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Thailand. Apabila kami mengambil tempat duduk di dalam stadium, dia mula mengikuti chant-chant Ultras Malaya

10 Minit Terakhir Yang Mengecewakan

ezgif.com-optimize

Namun semuanya berubah pada 10 minit terakhir perlawanan apabila Thailand mula menjaringkan gol pertama mereka. Menurut Hannan, Danish mula menangis kerana sedar mustahil untuk skuad kebangsaan menjaringkan gol lagi.

Jangankan adik Danish, kami yang menonton perlawanan itu pun turut terkejut dan kecewa selepas Thailand jaringkan gol.

Salute Untuk Danish! True Fan!

Apa-apa pun kami salute dan respect dekat semangat yang ditunjukkan oleh adik Danish ni. Bukan senang sebenarnya nak jumpa kanan-kanak yang betul-betul menjiwai dan bersemangat macam adik Danish.

simpati

Korang ada ke menangis macam adik Danish ini? Eleh setakat menangis sebab gaduh dengan buah hati baik tak payah! Haha.

SKIP THIS AD ×