berita

Adira Nafi Punca Keretakan Hubungan Cinta Anne Ngasri & Aliff Aziz

October 6th, 2012 | by Ai
Isu & Kontroversi

Tidak lekang daripada kontroversi kini muncul kembali dengan kontroversi terbaru. Jika dahulu selebriti jelita ini dikatakan bercinta dengan Hafiz Af, kemudian Ag Coco, kini beliau dikaitkan pula bersama kekasih orang iaitu Aliff Aziz. Siti Adira Suhaimi atau lebih dikenali sebagai Adira, 21 dikatakan punca keretakan hubungan mesra antara Aliff Aziz dan Anne Ngasri. Tetapi, sejauh mana kesahihannya?

Mungkin ayat manis yang digunakan Aliff Aziz menjadi igauan buat diri Adira ketika bersamanya. Lebih-lebih lagi mereka pernah digandingkan dalam drama terbaru yang bertajuk “Tiara” dan bekerjasama untuk lagu terbaru bertajuk “Keajaiban Cinta”, pasti aura percintaan mereka terdetik disaat itu.

Namun, menerusi temubual yang dijalankan bersama selebriti jelita ini, dia mempertahankan diri dengan membuat penjelasan bahawa gosip yang dipaparkan di portal hiburan itu adalah tidak benar sama sekali. Malah, dia menegaskan untuk tidak sama sekali terlibat dalam permasalahan yang melanda antara Aliff Aziz dan Anne Ngasri.

“Semua ini terjadi kerana kami sama-sama berlakon dalam drama terbaru iaitu Tiara, mungkin dari situ orang salah sangka. Kami hanya menjalankan tugas sebagai rakan kerja.”

“Saya tak ada masa nak bercinta, semuanya atas dasar kerja, perasaan sayang susah nak dipindah-pindah. Paling penting saya bukan jenis perampas dan ini semua adalah cerita rekaan semata-mata”, kata Adira sekaligus menidakkan Aliff Aziz adalah penganti kepada Ag Coco sebagai teman lelaki baru.

Tambah Adira lagi, “Saya manusia biasa, saya tiada hak untuk berpesan apa-apa cuma berdoa agar pihak berkenaan hidup bahagia disana”.

Akhir sekali, Adira turut berpesan kepada pihak yang sering berusaha menjatuhkan nama baiknya serta meningkatkan sisi buruk popularitinya agar jangan cepat berprasangka dengan orang lain.

SKIP THIS AD ×