Pasangan pelakon dan juga usahawan terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan susulan kerajaan Indonesia telah mengharamkan transaksi e-dagang di platform media sosial TikTok.
Artikel Berkaitan: ‘Baik Macam Mana Pun Tetap Ada Tak Suka’ – Aeril Zafrel & Wawa Zainal Tiada Niat Tayang Kemewahan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Menang ‘Celebrity Creator Of The Year’, Aeril Zafrel Bawa 40 Staf Bercuti Ke Korea
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bila Kau Puji Perempuan Lain Begitu…Kita Isteri Ni Rasa Geli’
Mempunyai pandangan tersendiri
Sebelum ini, Menteri Perdagangan Indonesia, Zulkifli Hasan telah membuat satu pengumuman di mana Indonesia mengharamkan TikTok Shop yang memberi pendapatan tinggi kepada peniaga dalam talian berkuat kuasa serta-merta.
Perkara ini dilakukan bertujuan untuk melindungi para peniaga di luar talian dan pasaran kerana harga yang ditawarkan di TikTok Shop terlalu murah sehingga menjejaskan peniagaan kecil dan sederhana di luar premis.
Pada 7 Oktober yang lalu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengatakan bahawa kerajaan akan meneliti terlebih dahulu tindakan yang dilakukan oleh Indonesia sebelum mereka merangka langkah yang bersesuaian di negara ini.
Sebagai usahawan, Aeril dan Wawa semestinya peka dengan isu semasa dan mereka mempunyai pandangan tersendiri mengenai isu ini.
Sebagai usahawan, kami sedar dengan perkara terbabit. Saya difahamkan penutupan TikTok Shop di Indonesia adalah untuk menambah baik ekosistem perniagaan di negara terbabit.
Ada ura-ura juga yang mengatakan Malaysia bakal mengambil tindakan sama. Nak kata bersetuju sekiranya perkara itu akan terjadi pun tak boleh juga kerana banyak peniaga kecil kami yang menjual produk menerusi TikTok Shop.
Sebelum adanya TikTok Shop, kami ‘survive’. Kami memulakan serta membangunkan bisnes sebelum adanya TikTok Shop lagi.
Sudah ada perancangan tersendiri
Tambah pelakon drama ‘Tercipta Satu Ikatan’ itu, dia dan Wawa sudah pun mempunyai perancangan tersendiri sekiranya Malaysia mengharamkan TikTok Shop.
Ada atau pun tidak TikTok Shop, kami sudah mempunyai perancangan masa hadapan mengenai apa yang bakal dilakukan. Kalau kena ‘ban’, kami sudah merangka apa yang kami harus buat. Jika ia masih diteruskan, kami pun sudah mempunyai perancangan yang bakal dilakukan.
Ada stokis bergantung dengan TikTok Shop, ada juga stokis yang bergantung kepada jualan secara offline, mereka mempunyai ‘team’ yang ramai. Apa pun keputusan kerajaan, kami sudah bersedia. Jika benar ia bakal dilaksanakan di Malaysia, kami harap pihak berkuasa dapat memberi masa untuk peniaga dan keputusan tidak dibuat dengan drastik.
Baru-baru ini, pasangan itu ditemui di majlis pelancaran produk terbaharu mereka, Wawa Tinted Sunscreen di Puchong.
Produk ini menawarkan solusi dua dalam satu, pemilihan bahan aktif di dalam produk terbahrunya bukan sahaja dapat membantu mengelakkan cela, malah ia turut memudahkan wanita untuk bersolek.
Disebabkan keadaan cuaca yang panas di Malaysia, Wawa menegaskan bahawa penggunaan krim tabir suria atau ‘suncreen’ sangat penting dalam penjagaan kulit wajah.
Kami memilih SPF 35+ dan PA+++ kerana ini kandungan yang terbaik bagi perlindungan wajah, ia tidak berminyak dan cukup ringan. Jadi selesa dipakai walau seharian di luar.
Buat masa ini kami hanya mempunyai tona warna ‘light’ dan ‘natural’ sahaja, namun melihatkan permintaan yang cukup positif, Insya-Allah lebih banyak pilihan tona warna akan dikeluarkan.
Sekadar info, Wawa dan Aeril turut mengumumkan personaliti media sosial popular, Dahlia Rizal sebagai wajah untuk produk baharu mereka.