berita

#AF2014 : Kenapa Nuha Adalah Favourite Ramli MS?

October 14th, 2014 | by Ai
Video Popular

1979559_764475236958269_6166387208212704162_n

Siapa setuju kalau Mira kata konsert ke-6 #AF2014 kelmarin betul-betul meninggalkan kesan. Iyalah, buat pertama kalinya Mira rasakan hampir kesemua pelajar telah menunjukkan peningkatan yang begitu drastik.

Seolah-olah ada semangat baru gitew! Mungkin lagu bertemakan Rock kali ini betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa pelajar kot. Hehe.

Sehingga hari ini masih terngiang-ngiang di minda Mira dengan lagu berjudul What’s Up dari Non Blondes dendangan Nuha.

ramli_ms

Malam itu, buat kesekian kalinya Nuha menerima pujian daripada pengkritik yang hadir. Tapi Mira langsung tak hairan kerana persembahan Nuha sememangnya wajar diberikan pujian.

Tak dinafikan, setiap minggu Nuha tampil dengan persembahan yang konsisten dan menepati piawaian pengkritik. Namun, di sebalik pujian yang diterima, ada juga penonton yang tak suka malah melabel Nuha sebagai ‘favourite Ramli MS’.

Dek kerana itu, kami pun mengambil kesempatan bertemu dengan Ramli MS sejurus tamatnya sidang media AF2014 minggu lalu. Nak tahu kenapa Ramli MS suka Nuha? Nah, baca ni :

Nuha ni, dia menjadi diri dia sendiri. Saya yakin, selepas AF berakhir, kalau campak dia tepi jalan pun, dia boleh hidup. Let’s say Ewal atau Firman, mereka bagus, tapi selepas AF mereka masih memerlukan produser dan komposer untuk menolong mereka.

Tapi Nuha, dia boleh menyanyi, mencipta lagu dan menulis lirik. Dia ada bullet dan style yang tersendiri. Dalam senario pasaran penyanyi Malaysia, dia lain, dia something different. Saya suka dia sebab bakat dia. Dia akan menerangkan muzik dia yang saya rasa boleh jadi unik.

AF adalah gudang penggilap, kena gilap diamond, bukan plastik, jika plastik yang digilap, tak ada harga lah. Di sini, kerja tenaga pelajar menjadi senang kerana ada seorang pelajar seperti Nuha.

10170747_759894814082978_5757970107703380247_n

Mira setuju 200 peratus dengan Ramli MS. Well, kita pun tahu Ramli MS merupakan produser muzik yang hebat. Pastinya dia sudah nampak magis yang ada dalam diri Nuha.

Pernah tak korang terfikir bagaimana nasib Nuha jika dia tersingkir? Maklumlah, di konsert yang lepas, Nuha menduduki tangga tercorot.

Tambah Ramli MS lagi, dia langsung tak risau jika undian tak berpihak pada Nuha. Katanya, dia yakin gadis berkaca mata ini akan bersinar walaupun tak menjadi juara.

Jika Nuha tersingkir pun tak apa. Dia dah dapat pengiktirafan 50% daripada AF. Selepas ini dia akan keluarkan lagu. Mungkin juara pun takkan sepopular dia.

Kalau nak tengok betul-betul, kualiti artis, penyanyi, Nuha patut pergi final. Dia menunjukkan kelahiran seorang penyanyi yang lain daripada yang lain.

Macam mana? Dah puas hati dengan jawapan Ramli MS? Korang rasa siapa sebenarnya ‘diamond’ antara lapan lagi pelajar yang tinggal?

SKIP THIS AD ×