berita

#AF2014 : Tema Rock Menyaksikan Ziha Tersingkir

October 13th, 2014 | by Ai
Kini Trending

1014412_764504616955331_6421242412634049798_n

Tengok tak Akademi Fantasia malam tadi? Hmm, secara keseluruhannya kami rasa semua pelajar membuat persembahan yang agak baik. Bagaimanapun, malangnya percubaan Ziha yang membawakan lagu dendangan Shima iaitu Luka Dilukai terhenti setakat malam tadi tatkala Zizan dan Faizal mengumumkan namanya tersingkir.

Screen Shot 2014-10-13 at 1.53.49 AM

Nampaknya ramai peminat yang tak boleh terima kerana ada yang sepatutnya lebih layak disingkirkan.

Tapi korang jangan risau. Ingat tak episod AF yang lalu? Alaa, yang ada pesanan istimewa buat Ziha dari David Teo tu. Kononnya Ziha bakal dijadikan pengganti Yana Samsuddin.

Kami pun bertanyalah kepada empunya badan; sama ada dia dah bersedia untuk terjun ke bidang lakonan atau tidak. Ini jawapan Ziha:

Ziha bersyukur kerana diberi peluang dalam bidang nyanyian ini kerana lebih minat kepada tarian. Sememangnya di luar jangkaan. Apabila diberi peluang untuk menyanyi, Ziha akan teruskan dengan nyanyian. Jadi apabila terkeluar, Ziha takkan berhenti.

Tapi sekiranya ada (rezeki) dalam bidang lakonan, Ziha teruskan sejauh mana Ziha boleh pergi dalam bidang itu. Ziha bersedia dengan apa yang bakal diberi.

10155404_764539746951818_3854790582367267308_n

Haa, korang macam mana? Nak tengok Ziha berlakon ke tak? Mana tau sebenarnya rezeki Ziha sememangnya ada dalam bidang lakonan kan.

Kredit Foto : Facebook Akademi Fantasia

SKIP THIS AD ×