berita

Afdlin Shauki Warning Pengusaha Melayu Ciplak Rekaan Pelikat Pants Miliknya

July 3rd, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

afdlinohbulan

Diam tak diam dah lebih dua minggu umat Islam menunaikan ibadah puasa. Tak lama dah nak raya. Seperti biasa ramai selebriti mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini dengan berniaga. Ada yang jual kuih raya, baju raya dan macam-macam lagi.

Pelakon dan pelawak otai, Afdlin Shauki yang sememangnya terkenal dengan Pelikat Pants turut sama tampil dengan koleksi raya.

Namun yang tak sedapnya bila produk hasil titik peluh Afdlin ini diciplak oleh segelintir pihak yang tak bertanggungjawab. Lebih memalukan, peniaga melayu sendiri. Baca luahan Afdlin.

Pengusaha Melayu Islam selalu tiru pelikat pants

pelikat

Menerusi status yang dimuatnaik di laman Facebook miliknya, Afdlin meluahkan rasa kesal dengan sikap sebilangan pengusaha Melayu Islam yang selalu meniru dan mengganggu perniagaannya.

Tambah Afdlin, pengusaha yang lain juga boleh berjaya memandangkan dirinya juga bermula dari bawah.

Sebenarnya sudah lama saya mahu mengeluarkan notis pemberitahuan ini. Kerana perniagaan pelikat pants kami sejak kami mulakan lebih kurang dua tahun lepas kerap di ganggu dengan usahawan-usahawan yg nak buat kerja senang dan meniru kejayaan produk org lain.

Yang sedihnya kebanyakan daripada pengusaha yang dengan penuh rasa tak bersalah ini adalah pengusaha melayu Islam.

Saya tak ambik duit kerajaan, saya mulakan perniagaan ini dari kosong. Anda juga boleh melakukannya tanpa mencuri hak intelek orang lain.

Untuk masa depan anak-anak

afdd

Jelas Afdlin lagi, perniagaan pelikat pants ini dijalankan bagi menjamin masa depan keluarganya dan pada masa sama digunakan untuk membantu golongan yang memerlukan.

Syarikat membuat pelikat pants dgn ilham dari Allah SWT ini saya jalankan untuk masa depan anak-anak saya. Supaya di penghujung hayat saya, saya tidak akan berakhir seperti idola saya Allahyarham Tan Sri P Ramlee, papa kedana.

Kalau anak isteri saya susah nanti bila saya takde adakah mereka akan datang membantu keluarga saya?

Dengan wang perniagaan ini juga saya berpeluang untuk membuat kerja-kerja amal membantu mereka yg memerlukan.

Tindakan bakal diambil dengan bantuan KPDNKK

Screen Shot 2015-07-02 at 11.55.05 PM

Diharap dengan adanya peringatan daripada Afdlin sendiri ini, tiada lagi isu ciplak pelikat pants. Kalau nak ciplay juga, tunggu jela KPDNKK serbu.

Saya ni bodoh tuan-tuan dan puan-puan, selama ni saya cakap biarlah-biarlah org nak buat, tapi apa yg saya tak sedar ini hak yg Allah berikan kepada saya dan saya mesti menjaganya.

Jadi mulai sekarang, jika mulai sekarang masih ada yg menciplak barangan kami, saya akan mengambil tindakan kepada mereka yg mencuri hak intelek syarikat saya dengan bantuan KPDNKK.

Sumber : Facebook Afdlin Shauki

SKIP THIS AD ×