Pelakon Afiq Muiz dan isteri, Pachara Apin menjadi bualan hangat apabila saling ‘berlawan’ di media sosial.
Artikel Berkaitan: Pachara Apin Dakwa Afiq Muiz ‘Biawak Hidup’ & Pengecut – Kau Bukan Manusia Lagi, Sudah Iblis’
Artikel Berkaitan: ‘Teruskan Sembahyang, Jangan Lupa Selfie Dengan Sejadah’ – Isteri Afiq Muiz
Beria jaja cerita kena dera
Terbaru, Afiq bersuara di Instagram (IG) miliknya selepas Pachara mendakwa terpaksa tanggung suami serta kantoi curang pada 14 Mei 2021.
Menurut Afiq, segala tuduhan yang dilemparkan oleh Pachara adalah fitnah semata-mata kerana tidak ada bukti yang disertakan. Dakwa aktor berumur 31 tahun, Pachara yang berlaku curang di belakang suami.
Kau yang bercinta. Lepas tu tuduh aku yang jahat. Kau cakap tapi bukti tak ada tak guna juga. Membohong saja kerja kau kan.
Fitnah la fitnah nanti kau jawab la kat akhirat. Sedar la sendiri diri tu. Tak payah beria jaja cerita aku dera kau. Sudah-sudah la tu cerita dongeng kau.
I won’t make you tired next time
Sementara itu, pemilik nama sebenar Muhammad Afiq Muiz Azman Shah berkongsi tangkapan skrin (screenshot) yang memaparkan perbualan ‘manja’ bersama individu yang dipanggil ‘baby’.
Pada Rabu lalu, Pachara memfailkan tuntutan fasakh kepada Afiq di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Sebelum ini, di Instagram Stories, pelakon Aishah Azman mendakwa kakak iparnya sengaja menabur fitnah dan memutar belit cerita menjadikan dirinya sebagai mangsa keadaan.
Dakwanya, Afiq sama sekali tidak memukul sebaliknya Pachara yang mencederakan diri sendiri.
Susulan timbul dakwaan itu, Afiq tampil mempertahankan diri dengan membuat laporan polis di Balai Polis Dengkil.
Sekadar info, Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2019.
Sumber: Instagram