Penyanyi Ahmad Dhani dan Persatuan Komposer Seluruh Indonesia (Aksi) mengeluarkan amaran tegas kepada pihak penganjur acara hiburan untuk tidak lagi membawa atau memainkan lagu-lagu hasil karya ahli persatuan itu.
Artikel Berkaitan: ‘Orkestra Di Malaysia Lebih Bagus Daripada Indonesia’ – Ahmad Dhani
Buat laporan polis
Memetik laporan CNN Indonesia, Ahmad Dhani dan ahli persatuan tidak teragak-agak melaporkan perkara itu kepada pihak polis sekiranya pihak penganjur tetap melanggar amaran tersebut.
Tambah Ahmad Dhani, mereka ingin memperjuangkan royalti bagi pencipta lagu yang bersusah payah menghasilkan karya.
Kami akan memberikan surat teguran kepada penganjur di Indonesia yang menganjurkan konsert dengan menggunakan lagu-lagu daripada anggota Aksi tanpa izin. Kami akan laporkan perkara tersebut kepada pihak polis.
Ujar Ahmad Dhani lagi, dia serius dengan perkara tersebut dan berjanji untuk mengambil tindakan sekiranya terdapat penganjur yang tidak mengendahkan amarannya itu.
Semua penganjur yang menampilkan lagu daripada komposer yang sudah bergabung dengan Aksi, mereka semua harus minta izin. Kalau tidak ada surat dari Aksi, kami akan laporkan ke polis.
Sumber: CNN Indonesia