berita

Ahmad Izham Nafi Faizal Tahir Kena Gam

June 19th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

ahmad izham

Semalam ramai yang tak berpuas hati dengan berita Faizal Tahir digam oleh sebuah syarikat stesen televisyen tempatan dipercayai gara-gara kelantangannya bersuara tentang isu politik.

Namun hari ini, portal GUA melaporkan yang Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar menafikan perkara itu dan menyatakan akan membuat siasatan lanjut.

Artikel berkaitan :

  1. Faizal Tahir Digam Kerana Isu Politik?

Siapa yang mainkan isu ini? Saya pun tidak tahu ada timbul cerita sebegini. Apa yang anda dengar itu tidak benar sama sekali.

Kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Faizal Tahir telah digam oleh semua stesen televisyen milik Media Prima. Dia masih lagi artis naungan Monkey Bone. Orang di luar sana boleh buat sebarang spekulasi, tetapi saya nafikan perkara ini.

Dalam pada masa yang sama, pengurus peribadi Faizal Tahir menyatakan yang penyanyi itu enggan memberikan sebarang kenyataan buat masa ini.

Dengan kenyataan yang diberikan oleh Ahmad Izham, mungkin peminat Faizal Tahir boleh menarik nafas lega sekarang ini. Namun, masih ramai juga yang menanti penjelasan daripada mulut Faizal sendiri. Kalau bukan kerana angin, masakan pokok bergoyang, kan?

SKIP THIS AD ×