Foto saat mereka bahagia
Kemelut rumahtangga Aidil Zafuan – Rita Rudaini dipanaskan lagi dengan dakwaan bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain selepas meninggalkan kediaman mereka yang bertempat di Damansara sejak Januari yang lalu. Bagaimanapun, Aidil Zafuan menafikan tuduhan berlaku curang serta menegaskan bahawa dia lebih banyak fokuskan perhatian kepada kerjaya sebagai pemain bola sepak profesional.
“Tuduhan itu adalah satu dakwaan yang mengarut kerana saya tidak berlaku curang dengannya, apalagi dengan kesibukan menjalani latihan bola sepak. Saya tiada masa untuk semua itu. Saya berpendapat Rita menuduh saya menjalinkan hubungan dengan wanita lain berdasarkan komen yang dibuat oleh peminat-peminatnya menerusi laman sosial Twitter,” tegasnya.
Pada masa yang sama, Aidil Zafuan mengakui bahawa dia masih mencintai isterinya walaupun hati berasa tawar dengan pelbagai kenyataan yang dilemparkan kepadanya. Aidil turut berharap agar Rita Rudaini menjadi isteri yang baik serta mendengar kata.
Sumber berita : Mstar (Tuntutan Suami Macam ‘Budak-Budak’ Buat Rita Geli Hati)