Terkejut OHBULAN! apabila membaca artikel bertajuk “Rita Rudaini Diugut Suami Gara-Gara ‘Melodi’” yang dikeluarkan oleh mStar Online. Apa tidaknya, isu yang kami anggap sudah selesai sebenarnya masih lagi berlanjutan apabila Rita Rudaini memberitahu bahawa Aidil Zafuan mengugut untuk memalukannya selepas pulang ke Malaysia.
“Dia ada hantar mesej kepada Rita melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan Rita dalam Melodi hari ini (Ahad). Dia ugut nak malukan Rita dalam rancangan itu juga sebaik sahaja dia pulang daripada menjalani latihan bola sepak di luar negara.”
Menurut laporan mStar Online hari ini, Rita dikatakan telah mengeluarkan beberapa kenyataan di rancangan Melodi sehingga menyebabkan Aidil menghantar SMS berbaur ugutan.
“Bila dia cakap di Melodi, Rita tak kacau pun tapi bila Rita pula yang bagi kenyataan, kenapa dia nak sakit hati?”
Dalam rancangan Melodi yang bersiaran Ahad lepas, Rita memberitahu bahawa dia sudah tidak mempunyai hati terhadap Aidil Zafuan. Malah dia turut mengakui yang dia kecewa terhadap Aidil yang tidak matang dalam menguruskan hal rumah tangga.
Untuk pengetahuan, Rita Rudaini dan Aidil Zafuan telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008.