Pelakon dan penyanyi, Aiman Tino mengesahkan dirinya bakal menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hatinya Syarah Haifa dalam masa terdekat.
Artikel Berkaitan: ‘Semoga Kisah Perkenalan Ini Jadi Asbab Kebahagiaan Permulaan Baru..’ – Aiman Tino Dah Bertunang?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sambut Tahun Baharu Sambil Tiup Lilin, Aiman Tino ‘Show Off’ Teman Wanita?
Nak nikah dulu
Ketika ditemui Oh Bulan! semasa sidang media Filem Tonton Original, Irama Kita, Aiman memberitahu tarikh pernikahan masih belum diputuskan, namun dijangka bakal berlangsung selepas Syawal tahun ini.
Tarikh belum ada lagi, tapi kalau ikutkan perancangan, keluarga saya nak adakan majlis pada bulan lapan tetapi keluarga dia mahu majlis pada bulan enam. Tapi, kalau ikut saya, saya nikah je dulu. Senang. Mungkin selepas raya, kita akad nikah saje dulu, In Shaa Allah.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 25 ini mendedahkan perkenalan dengan bakal isterinya bermula daripada kenalan di Instagram apabila Aiman dan Syarah saling follow antara satu sama lain.
Kenal daripada kawan-kawan juga, dia belajar di Aswara, Aiman pun ramai kawan yang belajar di sana. Bermula sebagai pengikut di Instagram hingga mula berkawan. Saya yang follow dia dulu. Berkenalan sejak 2019 dan mula buat perniagaan bersama pada 2020.
Mengulas lanjut, pelantun Ku Rela Dibenci ini, menjelaskan ciri-ciri yang membuatkan dia terpikat dan selesa bersama kekasihnya itu adalah lemah lembut serta sikapnya yang disenangi.
Dia lemah lembut. Saya suka chemistry antara kami sebab dia boleh sekepala dengan saya. Macam mana cara ‘masuk air’ dan gila-gila saya, dia boleh terima dan dia pun sama boleh gila-gila juga. Jadi, saya rasa senang.