Semalam, pelakon dan juga pengacara jelita, Ain Edruce mendedahkan dia berdepan dengan detik cemas selepas anaknya, Soraya diserang sawan akibat demam panas.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Ain Edruce Makan Salji Curi Tumpuan, Netizen Seloroh ‘Tambah Coklat Dik, Jadi Ais Kepal’
Demam panas
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce memaklumkan bahawa Soraya tidak sihat sejak tiga hari lepas.
Menurut Ain, Soraya mengalami demam panas yang agak tinggi walaupun sudah diberikan ubat.
Ketika Ain sedang menjalani sesi raptai bersama Bell Ngasri, Ain mendapat berita bahawa Soraya diserang sawan dan dimasukkan hospital.
Cerita hari ini Soraya dah demam 3 hari.. Dalam 4 pagi tadi demam dia naik 40.. Dah bagi ubat pun tak surut tapi dia macam penat sangat dia tidur lah…aku pun tak nak kacau dia..
Dalam pukul 10.30 pagi tadi dia bangun tidur macam gembira dah..hati aku pun tenang lah, aku siap-siap nak pergi melodi.
Bila dah sampai set semua, dah raptai dengan abang Bell semua dapat panggilan yang Soraya masuk hospital. Pastu aku cuba telefon Mirul balik, dia kata Soraya sawan. Gugur jantung aku.
Dengan nak mula melodinya. Hanya tuhan je tau perasaan aku macam mana.
Dalam pada itu, pelakon berusia 32 tahun itu, mengucapkan terima kasih kepada rakan sekerja yang memahami situasinya.
Ain juga turut mendedahkan bahawa keadaan Soraya kini semakin stabil dan meminta agar orang ramai mendoakan kesembuhan buat anaknya.
Terima kasih team melodi sebab faham situasi aku dan terima kasih abang Bell jadi penyelamat Ain. Minta maaf semua tak dapat buat melodi tadi.
Alhamdulillah Soraya okay.. demam dia tadi check masih tinggi. Doakan dia sihat tau.
Sumber: Instagram