berita

Aina Abdul Bakal Lancar Lagu Duet Bersama Fabio Asher Ciptaan Melly Goeslaw, Peminat Luah Rasa Teruja – ‘Confirm Mega!’

April 17th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Aina Abdul

Peminat meluahkan rasa teruja apabila mendapat tahu penyanyi Aina Abdul bakal melancarkan lagu duet bersama penyanyi terkenal Indonesia iaitu Fabio Asher.

Artikel Berkaitan: Aina Abdul Suka Gayakan Baju Kurung Tradisional & Kurung Kedah Estetik Ketika Syawal – ‘Saya Serba Ringkas Pada Lebaran’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Pernah Nampak Orang Buang CD Saya’ – Aina Abdul

Lagu ciptaan Melly Goeslow

Aina Abdul

Menerusi perkongsian di platform X @nontoners, kedua penyanyi itu bakal menyanyikan lagu bagi runut bunyi atau OST sebuah filem Indonesia berjudul ‘Cinta Tak Pernah Tepat Waktu’.

Malah, lebih mengujakan lagi lagu tersebut merupakan ciptaan penyanyi dan komposer popular iaitu Melly Goeslow.

Bagaimanapun, tajuk lagu tersebut tidak didedahkan dan masih dirahsiakan sekali gus membuatkan peminat berasa tidak sabar.

Menerusi hantaran sama, akaun tersebut turut memberikan sedikit ‘teaser’ bait-bait lirik yang terkandung dalam lagu berkenaan.

Selain itu, akaun berkenaan turut memuat naik foto memperlihatkan Aina, Fabio, Melly dan seorang lagi individu ketika mereka berada di studio rakaman dipercayai selesai merakam lagu.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat tidak sabar menantikan buah tangan daripada penyanyi kesayangan mereka.

Sumber: X

SKIP THIS AD ×