berita

Aisar Khaled Sedia Wang Tunai RM100k, Mahu Bantu Pengikut Langsai Hutang

October 2nd, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Pempengaruh, Aisar Khaled ingin membantu pengikutnya di Instagram yang mempunyai masalah hutang.

Artikel Berkaitan: Aisar Khaled Hadiahkan RM100,000 Sempena Perkahwinan Rakan Baik

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aisar Khaled ‘Kongsi’ Rezeki Atas Kren, Netizen Kecam Macam Bagi Ayam Makan Dedak

Artikel Berkaitan: Netizen Kantoikan Cabaran Cari Duit Raya RM1,000, Aisar Khaled Nafi Dah Rancang Dengan Sepupu

Bantu ringankan beban

Menerusi hantaran di Instagram, Aisar Khaled, 23, menyatakan bahawa dia mempunyai sebanyak RM100,000 untuk diberikan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai masalah hutang.

Tambah Aisar , dia akan memberi RM1000 sehingga RM2000 kepada setiap seorang dengan syarat mereka perlu memberi tahu mengenai masalah yang sedang dihadapi.

Dekat sini ada 100K, saya nak bantu sesiapa yang ada masalah hutang, tak kesahlah hutang apa sekalipun. Mungkin RM1000 ke RM2000, bagi tahu masalah, jika ada rezeki awak pasti ada.

Dalam pada masa yang sama, pencipta kandungan itu memaklumkan kepada pengikutnya agar berhati- hati kerana ramai orang yang menggunakan namanya untuk menipu.

Selagi tak video call, minta tolong semuanya tipu, ramai orang gunakan nama saya, minta tolong jaga- jaga.

Aisar berharap dengan bantuan yang diberikan ini, dapat meringakan beban mereka yang mempunyai masalah. Aisar juga turut menyatakan bahawa bantuan yang diberikan ini hanya untuk pengikutnya sahaja.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? ??????????? ? (@aisar_khaledd)

//www.instagram.com/embed.js

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×