berita

[VIDEO] Aisar Khaled ‘Kongsi’ Rezeki Atas Kren, Netizen Kecam Macam Bagi Ayam Makan Dedak

August 11th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Aisar Khaled

Sepotong video yang memaparkan tindakan pempengaruh media sosial, Aisar Khaled membaling sesuatu dipercayai kupon kepada orang ramai telah mendapat kecaman wargamaya.

Artikel Berkaitan: Netizen Kantoikan Cabaran Cari Duit Raya RM1,000, Aisar Khaled Nafi Dah Rancang Dengan Sepupu

Artikel Berkaitan: PU Amin Puji Tindakan Aisar Khaled Islamkan Seorang Lelaki, Galakkan Banyak Lagi ‘Content’ Agama – ‘Allah Lihat Usaha Baik Anda!’

Macam bagi dedak ayam

Aisar Khaled

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Aisar dilihat sedang berdiri di atas trak kren jenis teleskopik sambil membaling sesuatu yang dipercayai kupon.

Difahamkan, Aisar berbuat demikian kerana mahu berkongsi rezeki kepada orang ramai bersempena dengan ulang tahun ke-23 yang disambutnya baru-baru ini.

Bagaimanapun, tindakan pempengaruh itu telah mendapat reaksi kurang senang wargamaya apabila dikatakan ia kurang sopan meskipun niatnya adalah baik untuk berkongsi rezeki.

Dalam pada itu, ada juga wargamaya yang menyamakan tindakan Aisar seakan mahu memberi makan pada ayam.

Video

@aisarkhaledd.myAisar KONGSIREZEKI malam ini? original sound – AISAR CLUBS

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×