Pelantun suara ‘Sutera’ iaitu Aisha Retno berdepan serangan panik selepas selesai bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang berlangsung, malam tadi.
Artikel Berkaitan: Hasrat Nyanyian Amir Jahari Dinobat Sebagai Juara, Ini Keputusan Penuh Pemenang AJL38
Artikel Berkaitan: #AJL38: Aina Abdul Pukau Penonton! Terapung Di Udara, Pokok Bergerak & Axiata Bau Harum
Mungkin kepenatan
Menerusi temu bual bersama OhBulan! Aisha, 24, berkata, serangan panik itu berlaku mungkin kerana dia kepenatan memandangkan proses persiapan yang panjang.
Kita tak tahu apa yang berlaku kepada tubuh badan kita. Mungkin juga saya kepenatan. Jadi, bila Allah cakap sesuatu akan berlaku, ia akan berlaku.
Pada masa yang sama, Aisha turut berkongsi rasa bangga kerana dapat berada sebaris dengan dua idolanya iaitu Amir Jahari dan Aina Abdul.
Amir dan Aina adalah idola saya. Saya bangga dapat berada bersama mereka. Ini kali pertama saya berada di AJL dan akhirnya menyandang gelaran naib juara. Kalau ada rezeki lagi selepas ini, saya nak sertai AJL lagi di edisi seterusnya.
Semalam, Aisha berjaya memukau penonton dengan aksi ‘terbang’ menggunakan kabel ketika penutup persembahannya.
Saya suka tempat tinggi, tapi tak suka dengan kelajuan. Apabila dimaklumkan oleh pasukan produksi bahawa mereka akan ‘tarik’ saya sampai ‘hilang’ (tinggi dari sudut kamera), saya cakap jangan tarik laju-laju.