Isu penyondol rumah tanga makin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Terbaru, personaliti media sosial iaitu Aisyah Hijanah mendedahkan rumah tangganya dengan suami, Mohd Hazalif turut didekati orang ketiga.
Artikel Berkaitan: ‘Memang Tiada Maruah Ke Hadap Suami Orang?’ – Empat Tahun Pendam, Puteri Sarah Mengamuk Dengan Ira Kazar
Artikel Berkaitan: ‘Tak Baik Label Sophia Pelacur, Fitnah Besar Itu’ – Azhar Sulaiman
Kena pentingkan hati sendiri
Menerusi Instagram (IG), Aisyah berkongsi tangkapan skrin (screenshot) yang memaparkan kiriman emel seorang wanita yang sudi untuk bermadu kasih.
Menurut wanita itu, dia sudah lama menyimpan perasaan kepada Hazaliff namun mendapat tentangan daripada ahli keluarga.
Saya minta maaf ganggu rumah tangga kak Aisyah. Tapi betul. Saya memang suka abang Alif lama. Saya cuma harap boleh kongsi hidup dengan kak Aisyah.
Mak ayah saya pun dah tahu. Mestilah keluarga tak suka, cuma tak akan saya nak pentingkan orang lain dari hati saya?
Masa dekat umrah pun saya ada. Saya hanya mampu tengok kak Aisyah dan abang Alif dari jauh.
Di Instagram Stories, usahawan berumur 24 tahun itu menekankan perkahwinan bukan hanya melibatkan pasangan tetapi juga keluarga. Katanya, restu daripada keluarga itu penting untuk kebahagiaan mahligai yang dibina.
Saya bukan buat dosa
Namun, percubaan tidak habis di situ apabila wanita terbabit ‘menyerang’ Aisyah dengan mengambil contoh kisah Nabi Muhammad SAW yang berkahwin ramai.
Selain itu, dia juga yakin Hazaliff mampu bersikap adil dan menjaga sama seperti layanan kepada Aisyah.
Pilihan di tangan sendiri
Dalam pada itu, Aisyah mengingatkan kaum wanita untuk mempunyai sumber pendapatan sendiri sebagai langkah berjaga-jaga.
Sekadar info, Aisyah dan Hazaliff berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, dua tahun, dan Muhammad Hassan Syarif yang berusia empat bulan.
Sumber: Instagram