Penyanyi dan komposer Ajai memberitahu dia mempunyai sebab tersendiri mengapa tidak mengundang bekas isterinya, Nourul Depp ke Konsert ByAjai & Mega Friends yang bakal diadakan di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 3 Ogos depan.
Artikel Berkaitan: 35 Tahun Genggam Impian, Konsert By Ajai & Mega Friends Bakal Temui Penonton 3 Ogos Ini!
Menyanyi perlu chemistry
Menerusi temu bual bersama OhBulan! semalam, Ajai, 49, berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah secara peribadi dengan bekas isterinya itu. Namun, untuk kembali menyanyi bersama di atas pentas, dia memerlukan ‘vibes’. Tambah Ajau, hal itu sudah tidak ada pada mereka lagi.
Sebenarnya bukan tak nak bersikap profesional atau tidak. Pada saya, apa yang dah berlalu itu, berlalulah. Saya tiada masalah dengan dia. Tapi working is about chemistry untuk dapatkan vibes itu. Lagipun benda dah lama.
Bukan vibes marah ke apa, tapi vibes keikhlasan nak buat persembahan. Jadi, mungkin saya dah tak dapat rasa benda (vibes) tu.
Ajai yang ditemui pada sidang media Konsert ByAjai & Mega Friends turut memberitahu jika suatu hari nanti rasa itu kembali, kemungkinan dia dan Nourul akan berkongsi pentas menyanyikan lagu-lagu duet popular mereka.
Mungkin suatu hari saya dapat rasa (vibes), insya-Allah kot. Sebab susah. Benda ni kita tak boleh paksa perasaan. Nak kembali ke vibes natural tu susah. Pada saya mungkin ada benda-benda yang ‘sentuh’ kot, walaupun tiada masalah antara kami. Tengok la lagu hits kami pula macam mana.
Disoal sama ada masih berhubung atau tidak dengan Nourul, Ajai secara ringkas menjawab tidak.
Sekarang kami sudah tak berhubung. Anak kami pun dah besar dan bekerja. Dulu berhubung sebab anak.