berita

#AJL37: Persembahan Liza Hanim & Shila Amzah Tak Cukup Mengancam, Michael Ang Pun Bersuara!

February 12th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Umum mengetahui kehebatan vokal penyanyi veteran, Liza Hanim dan penyanyi Shila Amzah yang mengagumkan. Walau bagaimanapun, persembahan mereka pada malam ini tidak memberi kepuasan kepada para pendengar.

Artikel Berkaitan: #AJL37: ‘Chemistry’ Shila Amzah & Liza Hanim Padu, Bakal Tampil Dengan Busana Istimewa Untuk ‘Bahagiakan Dia’

Artikel Berkaitan: #AJL37: Kembali Bertanding Selepas Dua Dekad, Liza Hanim Nak Buat Sehabis Baik Demi ‘Bahagiakan Dia’

Artikel Berkaitan: #AJL37: Shila Amzah Mampu Bahagi Masa Untuk ‘Bahagiakan Dia’ & Konsert – ‘Yang Penting Kena Kekal Sihat’

Kurang memuaskan

Persembahan yang disembahkan oleh Liza Hanim dan Shila Amzah pastinya menjadi penantian ramai orang dek kerana vokal masing-masing yang dianggap vokal terbaik.

Walau bagaimanapun, persembahan ‘Bahagiakan Dia’ tidak mendapat maklum balas yang begitu baik daripada warganet.

Kebanyakkan netizen kecewa dengan persembahan yang dikatakan hanya banyak menjerit dan tidak mempunyai keharmonian antara mereka.

‘Banyak menjerit…’

Menjengah komen di Twitter, pelbagai pendapat yang dilontarkan pada pelantun lagu ‘Bahagiakan Dia’. Dalam pada itu, Michael Ang turut muncul dan meluahkan rasa kurang puas dengan persembahan tersebut.

Sumber: Twitter @michaelang38 @udienjohns @hyunyonghee @nur261189

SKIP THIS AD ×