Runut bunyi bagi filem Imaginur iaitu Hasrat yang dicipta dan dinyanyikan oleh Amir Jahari menjadi lagu yang diramal bakal merangkul trofi di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38).
Artikel Berkaitan: #AJL38: [VIDEO] Aina Abdul Tak Tidur Malam Fikir Konsep – ‘Saya Akan Berhabis Lagi Sebab Acara Ini Setahun Hanya Sekali’
Artikel Berkaitan: #AJL38: Ziana Zain Syukur Pada Usia 56 Tahun Masih Banyak Tawaran – ‘Peluang Takkan Datang Selalu’
Tak letak harapan tinggi
Ketika ditemui OhBulan!, Amir berkongsi konsep yang bakal dibawa ke pentas berprestij tersebut yang dijadualkan akan berlangsung pada 3 Mac hadapan.
Persiapan 90 peratus sudah selesai. Saya pun ada menghadiri ke sesi latihan bersama guru vokal dan guru tersebut minta saya untuk jaga pernafasan.
Persembahan pula akan menggunakan LED kerana AJL kali ini menggunakan konsep ‘muzikaverse’.
Walaupun tiada gimik, namun Amir mahu menekankan aspek penceritaan agar maksud lagu tersebut difahami oleh setiap penonton AJL pada malam itu.
Fokus utama adalah kepada penceritaan lagu itu dan juga mesej yang nak disampaikan.
Amir berkata demikian di majlis Meet & Greet Paling Ikonik AJL38 yang berlangsung di Pasar Seni baru-baru ini.
Bagaimanapun, penyanyi dan komposer berusia 31 ini tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap lagu tersebut kerana menganggap semua lagu adalah istimewa dan layak menjadi juara.
Saya tak kisah lagu Hasrat menang atau kalah kerana sudah reda dengan apa sahaja keputusan nanti.
Sejujurnya saya tak rasa saya akan menang. Dari segi lirik mungkin menang sebab lagu tu khas saya reka untuk filem tersebut. Tapi dari segi dinamik saya tak rasa lagu saya cukup kuat. Namun sesebuah lagu itu ada kekuatan dan identiti masing-masing. Saya rasa semua lagu terbaik.
Untuk info, AJL38 bakal menyaksikan sebanyak 12 buah lagu bersaing dan diadili oleh barisan juri professional yang dilancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil.
Siapakah yang layak menjadi juara dan dinobatkan sebagai lagu terbaik bagi AJL38? Adakah sejarah baru bakal tercipta? Debaran kian terasa, sama-sama kita nantikan.