Penyanyi, Shila Amzah tidak tahu menahu mengenai kehadiran dua adik beradiknya iaitu Shahir dan Syada yang datang menyaksikan malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL 38).
Artikel Berkaitan: #AJL38: Aksi Terbang Aisha Retno ‘Another Level’, Terima Pujian Penonton – ‘Ini Baru BBNU Yang Berwawasan’
Harap terhibur
Ketika ditemui OhBulan!, Shila berkata dia berharap dua adik beradiknya itu terhibur menyaksikan persembahannya pada pembukaan malam acara berprestij tersebut.
Saya tidak tahu menahu mereka datang malam ini. Cuma saya tahu Shahir ada di sini (Axiata Arena) semalam waktu raptai.
Bersyukur lihat mereka ada dan semoga mereka seronok tonton persembahan saya. Saya juga percaya semua orang tidak mahu lepaskan peluang untuk tonton AJL.
Shila berkata demikian usai dia membuat persembahan pembukaan di AJL 38 yang bersiaran secara langsung dari Dewan Axiata Arena, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Terdahulu, Shila menyampaikan tiga buah lagu iaitu Sky Full Of Stars (Coldplay), Hilang Naluri (Once) dan Jangan Khianti Aku (Azlan & The Typewriter).