Pelakon dan usahawan terkenal, Noor Neelofa meramalkan lagu nyanyian Nadeera Zaini berjudul Bukan Lagi Kita bakal dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).
Artikel Berkaitan: #AJL38: Neelofa Pencen Awal, Minta Netizen Ramal Siapa Menang
Artikel Berkaitan: Neelofa Ramal Amir Jahari Jadi Juara AJL38 Tepat, Netizen Suruh Tengok ‘Bila Dia Nak Kahwin?’
Tiga pilihan utama
Menerusi ciapan di laman X, Neelofa menyatakan pilihan peribadinya dengan memetik tiga nama finalis yang bakal merangkul tempat tiga teratas AJL39.
Di samping itu, isteri kepada PU Riz ini juga memilih nyanyian Marsha Milan berjudul Hening Rindu untuk naib juara dan lagu Diam nyanyian asal Hael Husaini tempat ketiga.
Tiga pilihan saya untuk AJL39:
1. Nadeera, Bukan Lagi Kita
2. Marsha, Hening Rindu
3. Hael, Diam
Sebelum ini, ramalan Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor sentiasa dinantikan rata-rata warganet kerana pilihannya selalu tepat.
Sumber: X @Neelofa