berita

‘Akan Sentiasa Bersama Berdua..’ – Kisah Sedih Pasangan Ini Menderita Kanser Limfoma Tahap Tiga

April 18th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Penyakit kanser merupakan antara penyakit berbahaya dan berpotensi menyerang badan manusia secara senyap. Kos perubatan penyakit kanser ini juga dikatakan mencecah puluhan ribu ringgit. Seperti perkongsian wanita ini yang turut menghidapi kanser Limfoma tahap tiga.

Apa yang lebih menyedihkan apabila teman lelakinya, Mohamad Izham turut menghidap penyakit sama seperti dirinya. Kita doakan semoga pasangan ini terus tabah dan kuat menghadapi ujian Allah ini.

Kansernya kembali menyerang selepas 2 tahun

https://www.instagram.com/p/BwIkheXJ3mF/

Menurut gadis ini, lelaki yang bernama Izham ini merupakan cinta hatinya yang pernah menderita penyakit yang sama seperti dirinya iaitu Lymphoma Hodgkin tahap 3. Pada awalnya, Izham sudah bebas dari kanser dua tahun lalu, namun penyakit itu mula menyerangnya kembali. Dan kini, dia memerlukan kos sekitar 350K untuk rawatan.

Tambahan, lelaki itu sudah menghabiskan wang sekitar 200K untuk rawatan pertamanya dan terpaksa menangguhkan rawatan seterusnya untuk mencari wang sebanyak 350K lagi.

Rasa runtuh satu dunia

https://www.instagram.com/p/BwX4lxUlLYR/

Doktor mengesan pertumbuhan yang tumbuh pada thorax saya. Padahal haritu, kanser saya hampir hilang. Saya sedikit kecewa kerana Izham lebih tabah dari saya.

Saya memberitahu Izham banyak kali, kita tidak boleh sakit pada masa yang sama. Sorang okay, sorang tak okay.

Menurutnya lagi, dia turut terkejut menerima berita kanser menyerang kembali pasangannya itu. Namun dia tetap tidak mengalah selepas mengetahui dirinya dan Izham berkongsi penyakit yang sama. Kanser merupakan berkat buatnya kerana ramai keluarga dan kawan melayannya dengan baik.

Turut mendapat perhatian Neelofa

Mari kita tunjukkan kasih sayang dan sokongan untuk gadis ini dan pasangannya! Mereka berdua didiagnosis penyakit kanser.

Kisah pasangan ini turut mendapat perhatian pengacara program hiburan MeleTOP, Neelofa. Menerusi Facebook miliknya, dia melahirkan rasa simpati atas nasib pasangan ini dan berharap agar pasangan berkenaan menjadi kuat serta tabah dalam menghadapi dugaan Allah SWT.

Sumber : Neelofa , Egy Azira

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×