berita

Akhirnya Nazim Othman Selamat Jalani Pembedahan Ketumbuhan Otak?

March 16th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

happy

Beberapa minggu yang lalu peminat dikejutkan dengan khabar angin yang mengatakan Nazim Othman menghidap kanser otak berdasarkan foto-foto yang dimuatnaik pelakon itu di Instagram.

Artikel Berkaitan : Nazim Othman Disahkan Ada Ketumbuhan Otak?

Nazim bagaimanapun mengambil keputusan untuk mendiamkan diri daripada memberikan sebarang kenyataan. Namun melalui beberapa keping foto terbaru yang dimuatnaik, Nazim sempat berterima kasih kepada kakitangan hospital yang membantunya.

Ucap Terima Kasih

Sejak seminggu lalu Nazim dilihat beberapa kali memuatnaik foto dirinya yang masih dirawat di hospital. Namun apa yang menarik perhatian kami ialah kapsyen foto terbarunya yang sempat berterima kasih kepada surgeon. Malah ada beberapa orang peminat mendakwa ternampak Nazim di HUKM. Screen Shot 2015-03-15 at 11.51.19 PM Screen Shot 2015-03-15 at 11.51.41 PM Pada masa sama Nazim sendiri mengakui kesihatannya semakin pulih dan berterima kasih atas sokongan dan doa yang diberikan oleh peminat.

Bella Dally Teruja

Yeay he’s out and about & enjoying his cake! A photo posted by Nabilah Dally (@belladally) on

Andai benar kesihatan Nazim sudah beransur pulih, Bella Dally pastinya insan yang begitu teruja. Mana tidaknya Bella turut berkongsi foto terbaru Nazim di Instagramnya. Hurm, bawa orang sakit pergi makan kek ye?

Mudah-mudahan kesihatan Nazim beransur pulih dengan cepat andai benar telah selamat menjalani pembedahan. Peminat pun dah tak sabar nak tengok Nazim berlakon semula.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×